Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Pindaan peraturan 21
(a)
dengan menggantikan subperaturan (1) dengan subperaturan yang berikut:
“(1)
Jika disebabkan kepentingan perkhidmatan seseorang pegawai yang gajinya dibayar daripada Kumpulan Wang Disatukan
Persekutuan tidak dapat mengambil cuti rehat tahunannya, pegawai itu boleh dibenarkan mengumpul sehingga setengah daripada kelayakan cuti rehatnya bagi tahun itu yang dia layak diberikan award wang tunai tetapi tertakluk kepada maksimum sebanyak lima belas hari dalam setahun,
5
dengan syarat bahawa jumlah cuti rehat terkumpul itu hendaklah tertakluk kepada maksimum satu ratus lima puluh hari.”;
(b)
dengan memasukkan selepas subperaturan (1) subperaturan yang berikut:
“ (1A) Walau apa pun subperaturan (1), pada tahun akhir perkhidmatannya, seseorang pegawai itu dibenarkan untuk mengumpul cuti rehat yang dia layak bagi tahun itu dan apa-apa baki cuti rehat yang dia layak pada tahun sebelumnya bagi maksud pemberian award wang tunai, dengan syarat bahawa jumlah keseluruhan cuti rehat terkumpul bagi maksud pemberian award wang tunai itu tidak melebihi satu ratus lima puluh hari.
(1B)
Jika seseorang pegawai bersara atau mati dalam perkhidmatan, dia atau tanggungannya boleh diberikan award wang tunai bagi setiap hari cuti rehat terkumpulnya yang dihitung berdasarkan formula yang berikut:
1/30 X gaji yang akhir diterima X jumlah bilangan cuti rehat terkumpul tertakluk kepada maksimum satu ratus lima puluh hari.
(1C)
Bagi maksud penghitungan award wang tunai bagi cuti rehat terkumpul, “gaji yang akhir diterima” ertinya gaji hakiki bulanan yang akhir diterima termasuk apa-apa elaun, imbuhan atau unsur lain yang ditentukan oleh Kerajaan mulai 1 Ogos 1993 sebagaimana yang boleh diambil kira bagi tujuan pembayaran award wang tunai, tetapi tidak termasuk elaun berpencen.
(1D)
Bagi maksud subperaturan (1), (1A), (1B) dan (1C), jumlah maksimum cuti rehat terkumpul bagi pegawai yang berada dalam perkhidmatan dan bersara atau mati dalam perkhidmatan antara
6
1 Ogos 2003 hingga 31 Disember 2008 hendaklah tertakluk kepada maksimum satu ratus dua puluh hari.
Peraturan baru 21A