Malaysia legislation

Section 6

of PERATURAN-PERATURAN PENCEN (PINDAAN) 2012

Seksyen 6

Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memasukkan selepas peraturan 21

peraturan yang berikut:

“Pengumpulan cuti rehat bagi pegawai dalam perkhidmatan pendidikan 21A. (1)

Jika disebabkan kepentingan perkhidmatan seseorang pegawai dalam perkhidmatan pendidikan yang gajinya dibayar daripada Kumpulan Wang

Disatukan Persekutuan tidak dapat mengambil cuti rehat tahunan yang diperuntukkan baginya, pegawai itu boleh dibenarkan mengumpul cutinya itu sehingga maksimum sebanyak tujuh hari setahun bagi maksud pemberian award wang tunai, dengan syarat bahawa jumlah cuti rehat terkumpul itu hendaklah tertakluk kepada maksimum satu ratus lima puluh hari.

(2)

Jumlah cuti rehat terkumpul di bawah subperaturan (1) hendaklah dihitung berdasarkan formula sebagaimana dalam subperaturan 21(1B) apabila pegawai bersara atau mati dalam perkhidmatan.

(3)

Subperaturan (1) dan (2) terpakai hanya bagi pegawai dalam perkhidmatan pendidikan yang mengajar di sekolah atau institusi pengajian.

(4)

Cuti rehat terkumpul di bawah subperaturan (1) boleh diagregatkan dengan cuti rehat terkumpul mengikut subperaturan 21(1) dalam hal apabila pegawai dalam perkhidmatan pendidikan itu berkhidmat selain mengajar di sekolah atau institusi pengajian bagi maksud pemberian award wang tunai.

(5)

Bagi maksud subperaturan (1), (2), (3) dan (4), jumlah maksimum cuti rehat terkumpul bagi pegawai perkhidmatan pendidikan yang berada dalam perkhidmatan dan bersara atau mati dalam perkhidmatan antara 1 Mac 2004

7

hingga 31 Disember 2008 hendaklah tertakluk kepada maksimum satu ratus dua puluh hari.

(6)

Bagi maksud peraturan ini, “cuti rehat” ertinya apa-apa cuti, walau apa pun sebutannya, apabila bilangan, kelayakan atau kaedah pengambilan cuti itu ditentukan oleh Kerajaan bagi mana-mana pegawai dalam perkhidmatan pendidikan dan cuti itu dibenarkan oleh Kerajaan untuk diambil kira sebagai ganti pembayaran award wang tunai.”.

Pindaan peraturan 23

Section 6 — PERATURAN-PERATURAN PENCEN (PINDAAN) 2012