Malaysia legislation
Section 21B
Seksyen 21B
(1)
Walau apa pun subperaturan 21(1B)
dan 21A(2), seseorang pegawai boleh memohon kepada
Ketua Pengarah bagi suatu award wang tunai bagi lapan puluh hari cuti rehat yang terkumpulnya untuk diberikan kepadanya sebelum tarikh persaraannya tertakluk kepada syarat-syarat yang berikut:
(a)
dia telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam bagi suatu tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira yang tidak kurang daripada lima belas tahun;
4
(b)
dia telah mencapai umur empat puluh lima tahun; dan
(c)
jumlah cuti rehat yang terkumpulnya menurut subperaturan 21(1)
atau 21A(1), mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah tidak kurang daripada lapan puluh hari.
(2)
Permohonan bagi award wang tunai bagi cuti rehat yang terkumpul di bawah subperaturan (1) hanya boleh dibuat sekali sahaja dan lapan puluh hari cuti rehat yang terkumpul itu hendaklah dipotong daripada jumlah cuti rehat yang telah dikumpul oleh pegawai itu menurut subperaturan 21(1) atau 21A(1), mengikut mana-mana yang berkenaan, pada masa permohonan itu dibuat.
(3)
Award wang tunai bagi cuti rehat yang terkumpul yang dipohon di bawah subperaturan (1)
hendaklah dihitung berdasarkan formula yang berikut:
1/30 X gaji semasa yang diterima X lapan puluh hari.
(4)
Bagi maksud subperaturan (3), “gaji semasa yang diterima” ertinya gaji hakiki bulanan semasa yang diterima termasuk apa-apa elaun, imbuhan atau unsur lain yang ditentukan oleh Kerajaan mulai 1 Ogos 1993 yang boleh diambil kira bagi maksud pembayaran award wang tunai, tetapi tidak termasuk elaun berpencen.”.
5
Pindaan peraturan 23 5.
Peraturan 23 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
(a)
dalam subperaturan (1)—
(i)
dengan memasukkan selepas perkataan “di bawah Akta” perkataan
“dan seseorang yang bersara di bawah subseksyen 6A(5) atau (6)
Akta”; dan
(ii)
dengan menggantikan perkataan “dia” dengan perkataan “mereka”;
dan
(b)
dalam subperaturan (2), dengan memasukkan selepas perkataan
“Kad pesara” perkataan “yang dikeluarkan kepada orang yang menerima pencen atau faedah lain”.
Dibuat 14 Januari 2022
[JPA/PEN(S)123-2 Jld. 2; PN(PU2)423/Jld. 4]
Dengan Titah Perintah
TAN SRI MOHD ZUKI BIN ALI
Setiausaha Jemaah Menteri
6
PENSIONS ACT 1980
PENSIONS (AMENDMENT) REGULATIONS 2022