Malaysia legislation
Section 31
Seksyen 31
Seseorang Jurutera berdaftar atau suatu amalan perundingan Kejuruteraan tidak boleh secara langsung atau tidak langsung—
(a)
menggantikan atau cuba menggantikan seseorang Jurutera berdaftar atau suatu amalan perundingan Kejuruteraan yang lain;
(b)
campur tangan atau cuba campur tangan dalam atau berkaitan dengan apa-apa jenis kerja kejuruteraan yang dia tahu telah pun diamanahkan kepada seseorang Jurutera berdaftar atau suatu amalan perundingan
Kejuruteraan yang lain; atau
P.U. (A) 403 3
(c)
mengambil alih apa-apa kerja Jurutera berdaftar atau amalan perundingan
Kejuruteraan yang lain itu yang bertindak bagi pelanggan yang sama melainkan
Jurutera berdaftar atau amalan perundingan Kejuruteraan itu telah—
(i)
mendapatkan persetujuan Jurutera berdaftar atau amalan perundingan
Kejuruteraan yang lain itu;
(ii)
diberitahu dengan rasmi oleh pelanggan itu bahawa perkhidmatan
Jurutera berdaftar atau amalan perundingan Kejuruteraan yang lain itu telah ditamatkan dan Jurutera berdaftar atau amalan perundingan
Kejuruteraan yang lain itu mengesahkan bahawa fi Jurutera berdaftar atau amalan perundingan
Kejuruteraan yang lain itu telah dibayar, dengan syarat bahawa dalam hal pertikaian oleh sebab tidak bayar fi atau kuantum apa-apa fi yang belum dijelaskan di bawah suatu kontrak, pelanggan itu boleh meminta
Lembaga menjadi pemegang amanah; atau
(iii)
mendapatkan kelulusan Lembaga.”.
P.U. (A) 403 4
Penggantian Jadual II