Malaysia legislation

Section 5

of PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN) (PINDAAN) 2025

Seksyen 5

Peraturan 7 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subperaturan (1) dengan subperaturan yang berikut:

“(1)

Seseorang guru hendaklah menyimpan dan menyenggara suatu rekod yang mana hendaklah direkodkan olehnya pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang diajarkan pada minggu semasa dan sukatan pelajaran yang akan diajarkan pada minggu berikutnya tidak lewat daripada hari akhir persekolahan setiap minggu dalam suatu penggal persekolahan, dan rekod itu hendaklah disediakan dengan serta-merta untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar.”; dan

(b)

dengan memasukkan selepas subperaturan (2) subperaturan yang berikut:

“(3)

Dalam peraturan ini, “sukatan pelajaran” ertinya suatu pernyataan mengenai perkara yang akan diajarkan kepada murid di tadika mengikut Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.”.

Penggantian Jadual

Section 5 — PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN) (PINDAAN) 2025