Seksyen 1
Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan
Peraturan-Peraturan
Pendidikan (Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan) 2012.
/akn/my/act/pua/2012/457
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (MAJLIS PENASIHAT PENDIDIKAN KEBANGSAAN) 2012 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 457 2012, currently marked in force and first recorded in 2012.
Opening note
Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan
Peraturan-Peraturan
Pendidikan (Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan) 2012.
Tafsiran
“Majlis” ertinya Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan yang ditubuhkan di bawah subseksyen 10(1) Akta;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan yang dilantik di bawah perenggan 3(a).
Keanggotaan Majlis
Majlis hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri:
tidak lebih daripada lima orang lain yang mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran dalam perkara yang berhubungan dengan pendidikan.
P.U. (A) 457 4
Tempoh jawatan
Seseorang anggota Majlis yang dilantik di bawah peraturan 3 hendaklah, melainkan jika pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, atau dia terlebih dahulu meletakkan jawatan atau mengosongkan jawatannya, memegang jawatan selama tempoh yang tidak melebihi dua tahun dan layak untuk dilantik semula.
Setiausaha Majlis
Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan hendaklah menjadi Setiausaha Majlis.
Setiausaha hendaklah menyebabkan minit bagi semua mesyuarat Majlis disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sewajarnya.
Penjalanan sementara fungsi Pengerusi
Menteri boleh melantik Timbalan Pengerusi untuk bertindak secara sementara sebagai Pengerusi bagi tempoh apabila–
Pengerusi, kerana apa-apa sebab lain, tidak dapat melaksanakan kewajipan jawatannya.
Pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan
Menteri boleh, pada bila-bila masa, membatalkan pelantikan mana-mana anggota Majlis yang dilantik di bawah peraturan 3.
Seseorang anggota Majlis boleh meletakkan jawatan dengan memberikan notis bertulis kepada Menteri tidak kurang daripada sembilan puluh hari sebelum tarikh peletakan jawatan yang dimaksudkan itu.
P.U. (A) 457 5
Pengosongan jawatan
Jawatan seseorang anggota yang dilantik di bawah peraturan 3 hendaklah menjadi kosong jika–
telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan–
suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau
dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya;
dalam hal Pengerusi, dia tidak menghadiri mesyuarat Majlis tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran bertulis daripada Menteri;
dalam hal seorang anggota Majlis, selain Pengerusi, dia tidak menghadiri mesyuarat Majlis tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran bertulis daripada Pengerusi;
kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan tugasnya sebagai anggota
Majlis atau selainnya, ialah kelakuan yang mencemarkan Majlis;
P.U. (A) 457 6
Anggota Majlis hendaklah dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
Mesyuarat Majlis
Majlis hendaklah mengadakan apa-apa bilangan mesyuarat sebagaimana yang perlu bagi melaksanakan fungsinya pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang ditentukan oleh Pengerusi.
Pengerusi atau Timbalan Pengerusi yang dilantik untuk menjalankan fungsi Pengerusi menurut peraturan 6 hendaklah mempengerusikan mana-mana mesyuarat Majlis.
Jika pada mana-mana mesyuarat Majlis Pengerusi atau Timbalan
Pengerusi yang dilantik untuk menjalankan fungsi Pengerusi menurut peraturan 6 tidak hadir, anggota yang hadir hendaklah melantik seorang daripada kalangan mereka untuk menjadi pengerusi mesyuarat.
Tiap-tiap persoalan dalam mesyuarat Majlis hendaklah ditentukan secara undi majoriti anggota yang hadir, dan dalam hal bilangan undi yang sama banyak, pengerusi mesyuarat hendaklah mempunyai undi pemutus.
Semua mesyuarat Majlis dan perkara yang berbangkit daripada mesyuarat itu adalah dianggap rahsia dan tiada seorang pun yang menghadiri mesyuarat itu boleh menzahirkan apa-apa maklumat atau perkara yang berbangkit
P.U. (A) 457 7
daripada mesyuarat itu kepada mana-mana orang lain melainkan jika kebenaran bertulis telah diperoleh terlebih dahulu daripada Menteri.
Hak kehadiran
Pegawai yang berikut boleh menghadiri mana-mana mesyuarat Majlis:
Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran atau wakilnya.
Majlis boleh mengundang orang lain ke mesyuarat
Majlis boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat Majlis bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.
Seseorang yang diundang di bawah subperaturan (1) boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis.
Jawatankuasa
Majlis boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk membantunya dalam melaksanakan fungsinya.
Majlis boleh melantik mana-mana anggotanya untuk menjadi pengerusi sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subperaturan (1).
Majlis boleh melantik mana-mana anggotanya atau mana-mana orang untuk menjadi anggota sesuatu jawatankuasa.
Seseorang anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatan atas apa-apa syarat dan bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya dan layak untuk dilantik semula.
P.U. (A) 457 8
Majlis boleh, pada bila-bila masa, membatalkan pelantikan mana-mana anggota jawatankuasa.
Seseorang anggota jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa. meletakkan jawatan dengan memberikan suatu notis bertulis kepada Pengerusi.
Kecuali bagi anggota jawatankuasa yang dilantik daripada kalangan anggota Majlis, seseorang anggota jawatankuasa atau mana-mana orang yang diundang di bawah subperaturan (10) untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis.
Sesuatu jawatankuasa boleh mengawal selia tatacaranya sendiri dan, dalam melaksanakan fungsinya di bawah peraturan ini, jawatankuasa itu hendaklah tertakluk kepada, dan bertindak mengikut, apa-apa arahan yang diberikan kepada jawatankuasa itu oleh Majlis.
Sesuatu mesyuarat jawatankuasa hendaklah diadakan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu.
Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa itu bagi maksud menasihatinya mengenai apa-apa perkara yang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat itu.
Majlis boleh memberhentikan atau mengubah keanggotaan sesuatu jawatankuasa.
P.U. (A) 457 9
Dibuat 4 Disember 2012
[KP(BPPDP) R.800/013 Jld.3; PN(PU2)569/X]
TAN SRI DATO’ HJ. MUHYIDDIN BIN HJ. MOHD YASSIN
Menteri Pelajaran
P.U. (A) 457 10
EDUCATION ACT 1996
EDUCATION (NATIONAL EDUCATION ADVISORY COUNCIL) REGULATIONS 2012
----------------------------------------------------
Opening note
not more than five other persons who have experience, knowledge and expertise in matters relating to education.
P.U. (A) 457 12
Tenure of office 4.
A member of the Council appointed under regulation 3 shall, unless his appointment is sooner revoked, or he sooner resigns or vacates his office, hold office for a term not exceeding two years and is eligible for reappointment.
Secretary to the Council 5.
The Director of the Educational Planning and Research Division shall be the Secretary to the Council.
The Secretary shall cause minutes of all the meetings of the Council to be maintained and kept in a proper form.
Temporary exercise of functions of Chairman 6.
The Minister may appoint the Deputy Chairman to act temporarily as the
Chairman for the period when–
the Chairman is, for any other reason, unable to perform the duties of his office.
Revocation of appointment and resignation 7.
The Minister may, at any time, revoke the appointment of any member of the Council appointed under regulation 3.
A member of the Council may resign by giving a written notice to the
Minister not less than ninety days prior to the intended date of resignation.
P.U. (A) 457 13
Vacation of office 8.
The office of a member appointed under regulation 3 shall be vacated if –
there has been proved against him, or he has been convicted on, a charge in respect of –
an offence involving fraud, dishonesty or moral turpitude;
in the case of the Chairman, he absents himself from three consecutive meetings of the Council without leave in writing from the Minister;
in the case of a member of the Council, other than the Chairman, he absents himself from three consecutive meetings of the Council without leave in writing from the Chairman;
his conduct, whether in connection with his duties as a member of the
Council or otherwise, has been such as to bring discredit on the Council;
his appointment is revoked by the Minister.
P.U. (A) 457 14
Allowances 9.
The members of the Council shall be paid such allowances as the Minister may determine.
Meetings of the Council 9.
The Council shall hold such number of meetings as are necessary for the the performance of its functions at such time and place as determined by the Chairman.
The Chairman or the Deputy Chairman appointed to exercise the functions of the Chairman pursuant to regulation 6 shall preside at any meeting of the
Council.
If at any meeting of the Council the Chairman or the Deputy Chairman appointed to exercise the functions of the Chairman pursuant to regulation 6 is absent, the members present shall appoint one person among them to be the chairman of the meeting.
Every question at a meeting of the Council shall be determined by a majority of the votes of the members present, and in the case of an equality of votes, the chairman of the meeting shall have a casting vote.
All meetings of the Council and matters arising from the meetings are regarded as confidential and no person present at the meetings shall disclose any informaton or matters arising from the meetings to any other person unless prior written permission has been obtained from the Minister.
Right of attendance 11.
The following officers may attend any meeting of the Council:
P.U. (A) 457 15
the Director General of the Ministry of Education or his representative.
Council may invite others to meetings 12.
The Council may invite any person to attend any meeting of the Council for the purpose of advising it on any matter under discussion but that person shall not be entitled to vote at the meeting.
A person invited under subregulation (1) may be paid such allowances as determined by the Council.
Committees 13.
The Council may establish any committee as it considers necessary or expedient to assist it in the performance of its functions.
The Council may appoint any of its members to be the chairman of a committee established under subregulation (1).
The Council may appoint any of its members or any person to be a member of a committee.
A member of a committe shall hold office on such conditions and for such term as may be specified in his instrument of appointment and is eligible for reappointment.
The Council may, at any time, revoke the appointment of any member of a committee.
A member of a committee may, at any time, resign by giving a written notice to the Chairman.
P.U. (A) 457 16
Except for a member of a committee appointed from among the members of the Council, a member of a committee or any person invited under subregulation (10)
to attend any meeting of a committee may be paid such allowances as determined by the Council.
A committee may regulate its own procedure and, in the performance of its functions under this regulation, the committee shall be subject to, and act in accordance with, any direction given to the committee by the Council.
A meeting of a committee shall be held at such time and place as determined by the chairman of the committee.
A committee may invite any person to attend any meeting of the committee for the purpose of advising it on any matter under discussion but that person is not entitled to vote at the meeting.
The Council may discontinue or alter the constitution of a committee.
Made 4 December 2012
[KP(BPPDP) R.800/013 Jld.3; PN(PU2)569/X]
TAN SRI DATO’ HJ. MUHYIDDIN BIN HJ. MOHD YASSIN
Minister of Education