Malaysia legislation

Section 10

of PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (MAJLIS PENASIHAT PENDIDIKAN KEBANGSAAN) 2012

Seksyen 10

Mesyuarat Majlis

(1)

Majlis hendaklah mengadakan apa-apa bilangan mesyuarat sebagaimana yang perlu bagi melaksanakan fungsinya pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang ditentukan oleh Pengerusi.

(2)

Pengerusi atau Timbalan Pengerusi yang dilantik untuk menjalankan fungsi Pengerusi menurut peraturan 6 hendaklah mempengerusikan mana-mana mesyuarat Majlis.

(3)

Jika pada mana-mana mesyuarat Majlis Pengerusi atau Timbalan

Pengerusi yang dilantik untuk menjalankan fungsi Pengerusi menurut peraturan 6 tidak hadir, anggota yang hadir hendaklah melantik seorang daripada kalangan mereka untuk menjadi pengerusi mesyuarat.

(4)

Tiap-tiap persoalan dalam mesyuarat Majlis hendaklah ditentukan secara undi majoriti anggota yang hadir, dan dalam hal bilangan undi yang sama banyak, pengerusi mesyuarat hendaklah mempunyai undi pemutus.

(5)

Kuorum bagi sesuatu mesyuarat Majlis ialah lima orang anggota.

(6)

Semua mesyuarat Majlis dan perkara yang berbangkit daripada mesyuarat itu adalah dianggap rahsia dan tiada seorang pun yang menghadiri mesyuarat itu boleh menzahirkan apa-apa maklumat atau perkara yang berbangkit

P.U. (A) 457 7

daripada mesyuarat itu kepada mana-mana orang lain melainkan jika kebenaran bertulis telah diperoleh terlebih dahulu daripada Menteri.

Hak kehadiran

Section 10 — PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (MAJLIS PENASIHAT PENDIDIKAN KEBANGSAAN) 2012