Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (MAJLIS PENASIHAT PENDIDIKAN KEBANGSAAN) (PINDAAN) 2023

Seksyen 2

Pindaan peraturan 3

[P.U. (A) 457/2012], yang disebut “Peraturan-Peraturan ibu” dalam Peraturan-Peraturan ini, dipinda dalam peraturan 3—

(a)

dengan menomborkan semula peraturan yang sedia ada sebagai subperaturan (1);

(b)

dalam subperaturan (1) yang dinomborkan semula, dengan menggantikan perenggan (c) dengan perenggan yang berikut:

“(c)

tidak kurang daripada lima orang lain dan tidak lebih daripada sembilan orang lain.”; dan

(c)

dengan memasukkan selepas subperaturan (1) yang dinomborkan semula subperaturan yang berikut:

“(2)

Bagi maksud subperaturan (1), seseorang yang dilantik di bawah subperaturan (1)—

P.U. (A) 367 3

(a)

hendaklah mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran dalam perkara yang berhubungan dengan sistem pendidikan kebangsaan atau apa-apa bidang lain yang boleh menyumbang kepada kemajuan pendidikan;

(b)

pada tarikh pelantikan, hendaklah bukan seorang ahli

Majlis Parlimen atau ahli Dewan Undangan Negeri atau tidak boleh memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik pada mana-mana peringkat; dan

(c)

hendaklah mempunyai integriti dan minat untuk menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan pendidikan yang harmoni mengikut undang-undang yang sedia ada.”.

Pindaan peraturan 7

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (MAJLIS PENASIHAT PENDIDIKAN KEBANGSAAN) (PINDAAN) 2023