Malaysia legislation

Section 10

of PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PENDIDIKAN KHAS) 2013

Seksyen 10

(1)

Pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas boleh dilanjutkan kepada suatu tempoh seperti yang berikut:

(a)

tidak lebih daripada dua tahun di sekolah rendah;

(b)

tidak lebih daripada dua tahun di sekolah menengah; atau

(c)

satu tahun di sekolah rendah dan satu tahun di sekolah menengah.

(2)

Walau apa pun perenggan (1)(b), pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas yang mengikuti pendidikan vokasional di sekolah menengah pendidikan khas vokasional boleh dilanjutkan bagi tempoh satu tahun lagi.

Pembatalan

Section 10 — PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PENDIDIKAN KHAS) 2013