Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PENDIDIKAN KHAS) 2013

Seksyen 3

Tafsiran

“Kod Amalan” ertinya Kod Amalan Pendidikan Murid Berkeperluan Pendidikan

Khas;

(a)

Kurikulum Kebangsaan;

(b)

Kurikulum Kebangsaan yang diubah suai oleh Ketua Pendaftar;

(c)

kurikulum yang direka bentuk khusus oleh Ketua Pendaftar; atau

(d)

apa-apa kurikulum latihan kemahiran yang, pada pendapat Ketua

Pendaftar, sesuai dan bermanfaat bagi murid berkeperluan pendidikan khas;

P.U. (A) 230 3

“murid berkeperluan pendidikan khas” ertinya murid yang diperakukan oleh pengamal perubatan, ahli optik, ahli audiologi atau ahli psikologi, mengikut mana-mana yang berkenaan, sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau tidak, sebagai murid yang mempunyai—

(a)

ketidakupayaan penglihatan;

(b)

ketidakupayaan pendengaran;

(c)

ketidakupayaan pertuturan;

(d)

ketidakupayaan fizikal;

(e)

masalah pembelajaran; atau

(f)

mana-mana kombinasi ketidakupayaan, atau ketidakupayaan dan masalah, yang disebut dalam perenggan (a) hingga (e);

“Pendidikan Khas” ertinya pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas di suatu sekolah khas, atau di sekolah yang melaksanakan Program Pendidikan Khas

Integrasi atau Program Pendidikan Inklusif, pada peringkat—

(a)

pendidikan prasekolah;

(b)

pendidikan rendah;

(c)

pendidikan menengah; atau

(d)

pendidikan lepas menengah;

P.U. (A) 230 4

“Program Pendidikan Inklusif” ertinya suatu program pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas yang dihadiri oleh murid berkeperluan pendidikan khas bersama-sama dengan murid lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan;

“Program Pendidikan Khas Integrasi” ertinya suatu program pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas yang hanya dihadiri oleh murid berkeperluan pendidikan khas di kelas khas di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan;

“Rancangan Pendidikan Individu” ertinya suatu rekod yang mengandungi butiran sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar yang menyatakan tentang rancangan pendidikan bagi setiap murid berkeperluan pendidikan khas.

Kehendak untuk menghadiri tempoh percubaan

Section 3 — PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PENDIDIKAN KHAS) 2013