Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PENDIDIKAN KHAS) 2013

Seksyen 4

“Kurikulum Pendidikan Khas” ertinya—

(1)

Bagi maksud menentukan kesesuaian murid berkeperluan pendidikan khas mengikuti Pendidikan Khas di bawah subperaturan 5(1), murid itu hendaklah menghadiri suatu tempoh percubaan yang tidak melebihi tiga bulan di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.

(2)

Apabila tempoh percubaan yang disebut dalam subperaturan (1) selesai, sekolah yang dihadiri oleh murid itu semasa tempoh percubaan hendaklah menyediakan dan mengemukakan laporan tempoh percubaan kepada suatu panel.

(3)

Panel yang disebut dalam subperaturan (2) hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(a)

Pengetua, Guru Besar atau Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas;

(b)

Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri atau Pegawai Pejabat Pelajaran

Daerah; dan

P.U. (A) 230 5

(c)

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Pegawai Jabatan

Pembangunan Orang Kurang Upaya.

Kesesuaian mengikuti Pendidikan Khas