Seksyen 8
Pelaksanaan Pendidikan Khas
of Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013
P.U. (A)In forceProvision 8 of 11
Seksyen 8
(1)
Bagi maksud melaksanakan Pendidikan Khas—
(a)
mana-mana orang yang terlibat dalam pelaksanaan Pendidikan
Khas hendaklah menggunakan Kurikulum Pendidikan Khas;
(b)
seseorang guru hendaklah menggunakan Rancangan Pendidikan
Individu; dan
(c)
seseorang guru boleh membuat pengubahsuaian kepada—
(i)
kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran;
(ii)
masa yang diperuntukkan bagi setiap aktiviti;
(iii)
susunan aktiviti; dan
(iv)
bahan bantu mengajar.
(2)
Apa-apa pengubahsuaian yang dibuat di bawah perenggan (1)(c)
hendaklah mengikut Kurikulum Pendidikan Khas.