Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PENGGAL, HARI DAN CUTI SEKOLAH) (PINDAAN) 2021

Seksyen 3

Dalam Peraturan-Peraturan ini—

“bencana” ertinya apa-apa kejadian bencana yang boleh menggugat atau mengancam keselamatan, kesihatan atau ketenteraman komuniti sekolah dan termasuklah—

(a)

bencana alam termasuk banjir, ribut, taufan, gempa bumi, tsunami, ombak besar atau tanah runtuh;

(b)

bencana industri termasuk letupan, kebakaran, pencemaran atau kebocoran bahan berbahaya di kilang, loji atau depot yang memproses, mengeluar atau menyimpan bahan berkenaan;

P.U. (A) 417 3

(c)

kemalangan yang melibatkan pengangkutan, penyaluran atau pemindahan bahan berbahaya;

(d)

keruntuhan bangunan atau struktur khas di dalam kawasan sekolah atau di luar kawasan sekolah;

(e)

kemalangan udara;

(f)

perlanggaran atau kegelinciran keretapi atau apa-apa sistem pengangkutan rel;

(g)

kebakaran di dalam kawasan sekolah atau di luar kawasan sekolah;

(h)

empangan atau takungan air pecah;

(i)

kemalangan kimia, biologi, radiologi atau nuklear yang melibatkan pepasangan atau yang berkaitan dengan kemalangan itu;

(j)

jerebu yang boleh menimbulkan keadaan kecemasan alam sekitar; atau

(k)

apa-apa kejadian bencana lain yang diisytiharkan atau ditetapkan oleh Kerajaan;

“guru besar” atau “pengetua” ertinya seorang pegawai dalam

Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik oleh Ketua Pengarah

Pendidikan untuk mengurus suatu sekolah;

P.U. (A) 417 4

Pindaan peraturan 4

Section 3 — PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PENGGAL, HARI DAN CUTI SEKOLAH) (PINDAAN) 2021