Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Permohonan bagi permit mengajar
(1)
Suatu permohonan bagi mendapatkan permit mengajar di institusi pendidikan hendaklah dibuat sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dengan mengisi Borang A.
3
(2)
Permohonan ini hendaklah disertakan dengan—
(a)
satu salinan kelayakan akademik atau kelayakan ikhtisas;
(b)
bagi guru pelatih daripada mana-mana institusi pendidikan lain selain institusi pendidikan kerajaan, permohonan perlu dikemukakan melalui institusi pendidikan masing-masing;
(c)
suatu perakuan perubatan yang dikeluarkan oleh seorang pengamal perubatan berdaftar memperakui bahawa pemohon adalah sihat tubuh badan dengan tiada ketidakupayaan mental atau penyakit dan layak untuk mengajar;
(d)
satu salinan permit kerja bagi pemohon bukan warganegara yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan;
(e)
fi proses yang ditetapkan dalam Jadual Keenam; dan
(f)
dokumen lain yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar dari semasa ke semasa.
(3)
Permit mengajar yang dikeluarkan oleh Ketua Pendaftar akan dikenakan fi mengikut kadar yang ditetapkan dalam Jadual Keenam.
Pengeluaran permit mengajar