Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
(1)
Permit mengajar boleh diperbaharui atas permohonan yang dibuat oleh pemegang permit, tertakluk kepada tempoh maksimum yang ditetapkan dalam subperaturan 4(2).
(2)
Permohonan bagi pembaharuan permit mengajar itu hendaklah dibuat sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga dengan mengisi Borang B dan hendaklah disertai fi proses sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual Keenam.
(3)
Ketua Pendaftar boleh, apabila meluluskan pembaharuan permit mengajar, mengenakan syarat tambahan atau mengubah apa-apa syarat yang telah dikenakan semasa pengeluaran permit mengajar.
(4)
Pembaharuan permit mengajar yang dikeluarkan oleh Ketua Pendaftar hendaklah dikenakan fi mengikut kadar sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual
Keenam.
5
Perubahan kategori institusi pendidikan