Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN PENERBANGAN AWAM 2016

Seksyen 2

(1)

Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“aerodrom angkatan tentera” ertinya mana-mana aerodrom di Malaysia yang di bawah kawalan angkatan tentera;

“altitud penurunan minimum/ketinggian (DA/H)” ertinya suatu altitud atau ketinggian yang ditentukan dalam suatu pengendalian sua alatan tiga dimensi yang padanya suatu sua tidak kena mestilah dimulakan jika rujukan visual yang dikehendaki untuk meneruskan sua itu belum dipastikan;

“altitud putus/ketinggian (DA/H)” ertinya suatu altitid atau ketinggian yang ditentukan dalam suatu pengendalian sua alatan tiga dimensi yang padanya suatu sua tidak kena mestilah dimulakan jika rujukan visual yang dikehendaki untuk meneruskan sua itu belum dipastikan;

14

“anggota kru kabin” ertinya seseorang anggota kru yang menjalankan, demi kepentingan keselamatan penumpang, tugas yang ditugaskan oleh pengendali atau ketua juruterbang sesuatu kapal udara, tetapi tidak termasuk seseorang anggota kru penerbangan;

“apron” ertinya suatu kawasan tertentu di atas suatu aerodrom darat yang dimaksudkan untuk menempatkan kapal udara bagi maksud untuk mengambil atau menurunkan penumpang, mel atau kargo, mengisi bahan api, parkir atau penyenggaraan;

“aras penerbangan” ertinya suatu permukaan tekanan atmosfera yang tetap yang berhubung dengan dengan suatu tekanan datum tertentu, 1013.2 hekto-paskal (hPa), dan terpisah daripada permukaan yang lain oleh sela tekanan tertentu;

“balasan berharga” ertinya apa-apa hak, kepentingan, keuntungan atau faedah, perihal tidak membuat, mudarat, kerugian atau tanggungjawab yang terakru, diberikan, ditanggung atau diaku janji di bawah suatu perjanjian, yang bersifat lebih daripada nominal;

“batu nautika” ertinya Batu Nautika Antarabangsa yang merupakan jarak sejauh 1852 meter;

“belon” ertinya kapal udara yang tidak didorong oleh kuasa lebih ringgan daripada udara;

“belon bebas” ertinya belon yang apabila dalam penerbangan tidak ditambat dengan apa-apa bentuk alat penghalang ke permukaaan;

“belon bertambat” ertinya belon yang apabila dalam penerbangan ditambat dengan suatu alat penghalang ke permukaan;

15

“belon kecil” ertinya belon yang tidak melebihi dua meter dalam mana-mana dimensi lelurus pada mana-mana peringkat penerbangannya, termasuk apa-apa bakul atau kelengkapan lain yang dipasangkan pada belon itu;

“buku log” dalam hal buku log kapal udara, buku log enjin atau buku log pic bebaling boleh ubah, atau buku log penerbangan peribadi, termasuklah suatu rekod yang disimpan sama ada dalam suatu buku, atau dengan apa-apa cara lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah dalam sesuatu hal tertentu;

“Daftar Kapal Udara” ertinya Daftar Kapal Udara yang disimpan dan disenggara oleh Ketua Pengarah di bawah peraturan 10;

“fi yang ditetapkan” ertinya fi yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan

Penerbangan Awam (Fi dan Caj) 2016 [P.U. (A) 99/2016];

“glider” ertinya kapal udara yang terpacu tanpa kuasa lebih berat daripada udara yang mendapat daya angkatnya dalam penerbangan terutamanya daripada reaksi aerodinamik pada permukaan yang kekal tetap di bawah keadaan penerbangan yang tertentu;

“hari” ertinya—

(a)

tempoh masa dua puluh empat jam yang berterusan yang bermula pada tengah malam; atau

(b)

bagi maksud peraturan 49, masa dari dua puluh minit sebelum matahari terbit sehingga dua puluh minit selepas matahari jatuh, tidak termasuk kedua-dua masa itu, yang ditentukan pada aras permukaan;

“helikopter” ertinya suatu kapal udara yang lebih berat daripada udara yang diangkat dalam penerbangan terutamanya oleh reaksi udara pada satu atau lebih rotor yang didorong oleh kuasa pada sebahagian besar paksi tegak;

16

“ICAO” ertinya Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa;

“jaket keselamatan“ ertinya suatu jaket atau weskot, yang memasukkan ruang keapungan boleh kembung, yang direka untuk menyokong seseorang di dalam air;

“kaedah-kaedah penerbangan alatan” ertinya set kaedah-kaedah yang ditentukan oleh Ketua Pengarah untuk mengawal selia penerbangan di bawah keadaan yang baginya penerbangan dengan rujukan luar visual tidak boleh dipatuhi;

“kaedah-kaedah penerbangan visual” ertinya set kaedah-kaedah yang ditentukan oleh Ketua Pengarah untuk mengawal selia penerbangan di bawah keadaan yang baginya rujukan luar visual boleh dipatuhi;

“kapal terbang” ertinya suatu kapal udara yang didorong oleh kuasa lebih berat daripada udara, yang mendapat daya angkatnya dalam penerbangan terutamanya daripada tindak balas aerodinamik pada permukaan yang kekal tetap dalam keadaan penerbangan yang tertentu;

“kapal udara” ertinya suatu mesin yang boleh mendapat daya angkat di atmosfera daripada tindak balas udara, selain tindak balas udara menyongsong permukaan bumi;

“kapal udara kecil tanpa pemandu” ertinya suatu sistem kapal udara tanpa pemandu, selain belon atau layang-layang, yang mempunyai jisim tidak melebihi 20 kilogram tanpa bahan apinya tetapi termasuk apa-apa artikel atau kelengkapan yang dipasang di dalamnya atau disambungkan pada kapal udara pada permulaan penerbangannya;

“kapal udara lebih ringan daripada udara” ertinya apa-apa kapal udara yang disokong terutamanya oleh keapungannya di udara;

“kapal udara mikroringan” ertinya suatu kapal udara yang direka bentuk untuk membawa tidak lebih daripada dua orang yang mempunyai—

17

(a)

berat kosong tidak melebihi 150 kilogram; dan

(b)

bebanan sayap pada berat kosong maksimum yang dibenarkan tidak melebihi 10 kilogram setiap meter persegi;

“kapal udara pengawasan kecil tanpa pemandu” ertinya suatu kapal udara kecil tanpa pemandu yang dilengkapi untuk menjalankan apa-apa bentuk pengawasan atau pengambilan data;

“kawasan olah gerak” ertinya bahagian sesuatu aerodrom yang digunakan untuk pelepasan, pendaratan dan penteksian kapal udara, tetapi tidak termasuk apron;

“keadaan meteorologi alatan” ertinya keadaan meteorologi yang dinyatakan dari segi kebolehlihatan, jarak daripada awan dan langit, yang kurang daripada minimum yang dinyatakan bagi keadaan meteorologi visual;

“keadaan meteorologi visual” ertinya keadaan meteorologi yang dinyatakan dalam terma kebolehlihatan, jarak daripada awan dan langit, sama dengan atau lebih baik daripada minimum yang ditentukan mengikut kaedah-kaedah penerbangan visual;

“kelayakan terbang berterusan” ertinya suatu set proses yang dengannya kapal udara, atau enjin, bebaling atau bahagiannya mematuhi kehendak kelayakan terbang yang terpakai dan kekal dalam keadaan untuk pengendalian selamat sepanjang hayat pengendaliannya;

“kepentingan benefisial” termasuklah kepentingan yang berbangkit daripada kontrak dan kepentingan ekuiti yang lain;

“kerja keudaraan” ertinya suatu pengendalian kapal udara yang baginya suatu kapal udara digunakan untuk menyediakan perkhidmatan khusus dalam pertanian, pembinaan, fotografi, pengukuran, pemerhatian dan perondaan, pencarian dan penyelamatan, pengiklanan udara dan aktiviti lain yang serupa;

18

“ketibaan alatan standard” ertinya kaedah-kaedah penerbangan alatan laluan ketibaan yang ditentukan yang menghubungkan suatu titik ketara, kebiasaannya di atas laluan perkhidmatan trafik udara, dengan suatu titik yang daripadanya suatu tatacara sua alatan yang telah disiarkan boleh dimulakan;

“ketua juruterbang” ertinya juruterbang yang ditugaskan oleh pengendali, atau dalam hal penerbangan am, pemunya, sebagai ketua dan dipertanggungjawabkan dengan pengendalian penerbangan yang selamat;

“kru penerbangan” ertinya, berhubung dengan suatu kapal udara, anggota kru kapal udara itu yang masing-masing bertindak sebagai juruterbang, pemandu arah penerbangan, jurutera penerbangan dan pengendali radio telefoni penerbangan kapal udara itu;

“layak terbang” ertinya keadaan suatu kapal udara atau enjin, bebaling atau bahagiannya yang mengikut jenis reka bentuk yang diluluskan bagi kapal udara itu dan dalam suatu keadaan bagi pengendalian yang selamat;

“malam” ertinya masa antara dua puluh minit selepas matahari jatuh dan dua puluh minit sebelum matahari terbit, tidak termasuk kedua-dua masa itu, yang ditentukan pada aras permukaan;

“manual penerbangan” ertinya suatu manual yang berkaitan dengan perakuan kelayakan terbang, yang mengandungi had yang dalamnya suatu kapal udara dianggap layak terbang dan arahan dan maklumat yang perlu bagi anggota kru penerbangan bagi pengendalian selamat kapal udara itu;

“mesin terbang” ertinya suatu kapal terbang, suatu kapal udara yang dianjak oleh rotor pelancaran berkuasa, helikopter, pesawat giro atau ornitopter;

“minima pengendalian aerodrom” ertinya had penggunaan sesuatu aerodrom untuk—

19

(a)

pelepasan, yang dinyatakan dari segi julat nampak landasan atau kebolehlihatan dan, jika perlu, keadaan awan;

(b)

pendaratan dalam kaedah operasi sua alatan dua dimensi, yang dinyatakan dari segi kebolehlihatan dan/atau julat nampak landasan, altitude penurunan minimum/ketinggian penurunan minimum (MDA/H) dan, jika perlu, keadaan awan; dan

(c)

pendaratan dalam kaedah operasi sua alatan tiga dimensi, yang dinyatakan dari segi kebolehlihatan dan/atau julat nampak landasan dan altitud putus/ketinggian putus (DA/H) yang bersesuaian dengan jenis dan/atau kategori operasi;

“Negara Pejanji” ertinya mana-mana Negara yang merupakan pihak kepada

Konvensyen Chicago;

“Negara Pendaftar” ertinya Negara yang di dalam daftarnya sesuatu kapal udara didaftarkan;

“Negara Pengendali” ertinya Negara yang dalamnya terletak tempat perniagaan utama pengendali atau, jika tiada tempat perniagaan sedemikian, kediaman tetap pengendali itu;

“Negara Reka Bentuk” ertinya Negara yang mempunyai bidang kuasa terhadap organisasi yang bertanggungjawab bagi jenis reka bentuk;

“Negara” ertinya suatu Negara asing;

“ornitopter” ertinya sesuatu kapal udara lebih berat daripada udara yang disokong semasa penerbangan terutamanya oleh tindak balas udara terhadap pesawat yang kepadanya gerakan kibasan diberikan;

20

“pelepasan alatan standard” ertinya kaedah-kaedah penerbangan alatan yang telah ditentukan yang menghubungkan aerodrom atau landasan tertentu aerodrom itu dengan suatu titik ketara yang ditentukan, kebiasaannya ke atas laluan perkhidmatan trafik yang diwakilkan yang pada titik itu di mana peringkat dalam perjalanan suatu penerbangan bermula;

“pelepasan penyenggaraan” ertinya suatu dokumen yang mengandungi perakuan yang mengesahkan bahawa kerja penyenggaraan yang berkaitan dengannya telah dilengkapkan dengan cara yang memuaskan, sama ada mengikut data yang diluluskan dan tatacara yang dinyatakan dalam manual tatacara organisasi penyenggaraan atau di bawah sistem yang setara;

“pembaikan” ertinya pemulihan suatu produk aeronautik kepada keadaan layak terbang sebagaimana yang ditakrifkan oleh kehendak kelayakan terbang yang berkaitan;

“penerbangan persendirian” ertinya suatu penerbangan yang bukan bagi maksud kerja keudaraan atau pengangkutan udara komersial, yang termasuk suatu kapal udara yang ketika dalam penerbangan membawa mana-mana orang yang dengan kuasa oleh

Ketua Pengarah membuat apa-apa pemeriksaan atau menyaksikan apa-apa latihan, praktis atau ujian bagi maksud Peraturan-Peraturan ini;

“pengangkutan udara komersial” ertinya pengendalian kapal udara yang melibatkan pengangkutan penumpang, kargo atau mel untuk sewa atau upah;

“pengendali” ertinya mana-mana orang, organisasi atau perusahaan yang terlibat dalam atau menawarkan untuk terlibat dalam suatu pengendalian kapal udara;

“pengendali aerodrom” ertinya—

(a)

seseorang yang dilesenkan di bawah

Akta

Suruhanjaya

Penerbangan 2015 [Akta 771] untuk mengendalikan sesuatu aerodrom; atau 21

(b)

seseorang yang dilesenkan di bawah Akta untuk menyenggara atau mengendalikan sesuatu aerodrom;

“penggantian” ertinya berhubung dengan mana-mana bahagian suatu kapal udara atau peralatannya termasuklah penanggalan dan penggantian bahagian itu sama ada bahagian yang sama ataupun tidak, dan sama ada apa-apa kerja telah dijalankan ke atasnya atau tidak tetapi tidak termasuk penanggalan dan penggantian sesuatu bahagian yang direka untuk boleh ditanggalkan hanya bagi maksud membolehkan bahagian lain untuk diperiksa, dibaiki, ditanggalkan atau digantikan, atau dimasukkan kargo;

“pengusahaan kerja keudaraan” ertinya sesuatu pengusahaan yang perniagaannya termasuklah melaksanakan kerja keudaraan;

“pengusahaan pengangkutan udara”

ertinya suatu pengusahaan yang perniagaannya termasuklah pengusahaan penerbangan bagi maksud pengangkutan udara komersial;

“penumpang” ertinya seseorang selain kru;

“penyenggaraan” ertinya, berhubung dengan suatu kapal udara, pelaksanaan tugasan yang dikehendaki untuk memastikan kelayakan terbang berterusan kapal udara itu, termasuklah mana-mana satu atau kombinasi baik pulih, pemeriksaan, penggantian, pembetulan kecacatan, dan kesempurnaan pengubahsuaian atau pembaikan;

“perakam penerbangan” ertinya apa-apa jenis alat perakam yang dipasang di dalam sesuatu kapal udara bagi maksud melengkapkan penyiasatan kemalangan atau insiden;

“Perakuan Jenis” ertinya suatu Perakuan Jenis yang dikeluarkan oleh

Ketua Pengarah di bawah peraturan 23;

22

“Perakuan Jenis Tambahan” ertinya suatu kelulusan bagi ubah suaian major merangkumi kawasan atau aspek sesuatu produk aeronautik yang telah diubah suai;

“perakuan kelayakan terbang” ertinya suatu perakuan yang dikeluarkan di bawah peraturan 26;

“peranti simulasi latihan penerbangan” ertinya apa-apa radas dalam keadaan penerbangan di dalam suatu kapal udara disimulasikan di atas darat;

“perkelasan” ertinya suatu kebenaran yang dimasukkan ke atas atau berkaitan dengan suatu lesen dan menjadi sebahagian daripada lesen, yang menyatakan keadaan khas, keistimewaan atau had berhubung dengan lesen itu;

“perkhidmatan kawalan sua” ertinya perkhidmatan kawalan trafik udara bagi ketibaan atau perlepasan penerbangan terkawal;

“perkhidmatan kawalan trafik udara” ertinya perkhidmatan yang diberikan bagi maksud—

(a)

mencegah pelanggaran antara kapal udara;

(b)

mencegah pelanggaran di kawasan olah gerak antara kapal udara dengan halangan; dan

(c)

mempercepat dan memelihara aliran trafik udara yang teratur;

“perkhidmatan penerbangan udara” ertinya perkhidmatan yang disediakan kepada trafik udara semasa semua peringkat pengendalian untuk memastikan pergerakan selamat dan cekap, dan termasuklah—

(a)

perkhidmatan kawalan trafik udara bagi ketibaan atau pelepasan penerbangan terkawal, bagi penerbangan terkawal dalam zon terkawal atau bagi trafik dalam mana-mana kawasan olah gerak dan trafik

23

aerodrom yang lain atau mana-mana perkhidmatan kawalan trafik udara yang lain;

(b)

perkhidmatan nasihat trafik yang disediakan dalam ruang udara nasihat untuk memastikan pemisahan, setakat yang praktikal, antara kapal udara yang beroperasi dalam pelan penerbangan menurut kaedah-kaedah penerbangan alatan;

(c)

perkhidmatan maklumat penerbangan;

(d)

perkhidmatan amaran yang disediakan untuk memaklumkan organisasi yang berkaitan mengenai kapal udara yang memerlukan bantuan mencari dan menyelamat, dan untuk membantu organisasi itu sebagaimana dikehendaki;

(e)

perkhidmatan komunikasi, penerbangan dan pengawasan;

(f)

perkhidmatan meteorologi untuk penerbangan udara;

(g)

perkhidmatan mencari dan menyelamat;

(h)

perkhidmatan maklumat aeronautik bagi menyediakan maklumat aeronautik dan data yang perlu untuk keselamatan, keteraturan dan kecekapan penerbangan udara;

(i)

perkhidmatan kartografi bagi penerbangan udara; dan

(j)

perkhidmatan tatacara penerbangan udara;

“perkhidmatan pengawasan” ertinya kemudahan dan perkhidmatan yang digunakan untuk menentukan kedudukan kapal udara masing-masing bagi membolehkan pengendalian yang selamat;

24

“perkhidmatan penyemakan penerbangan” ertinya suatu perkhidmatan yang dilaksanakan bagi maksud menentusahkan atau mengesahkan kesesuaian tatacara penerbangan alatan atau pelaksanaan bantuan penerbangan atau sistem yang menyokong tatacara itu dan ketelusan data yang diperoleh daripadanya;

“perkhidmatan telekomunikasi aeronautik”

ertinya suatu perkhidmatan telekomunikasi yang disediakan bagi apa-apa maksud aeronautik;

“permit untuk terbang” ertinya suatu permit yang dikeluarkan di bawah peraturan 29;

“pesawat giro” ertinya suatu kapal udara yang lebih berat daripada udara yang disokong ketika penerbangan oleh reaksi udara pada satu atau lebih rotor yang berputar secara bebas pada sebahagian besar paksi tegak;

“pesawat roto” ertinya suatu kapal udara yang didorong oleh kuasa lebih berat daripada udara yang disokong ketika penerbangan oleh tindak balas udara pada satu atau lebih roto;

“pesawat udara” ertinya suatu kapal udara yang didorong oleh kuasa lebih ringan daripada udara;

“pihak berkuasa yang kompeten” ertinya, berhubungan dengan Malaysia,

Ketua Pengarah, dan berhubungan dengan mana-mana Negara, pihak berkuasa yang bertanggungjawab di bawah undang-undang Negara itu untuk meningkatkan keselamatan penerbangan awam;

“produk aeronautik” ertinya apa-apa kapal udara, enjin kapal udara, bebaling kapal udara atau suatu bahagian untuk dipasangkan kepadanya;

“program analisis data penerbangan” ertinya suatu program bagi menganalisis data penerbangan yang direkodkan untuk memperbaiki keselamatan pengendalian penerbangan;

25

“rekod” termasuklah—

(a)

apa-apa rekod secara bertulis;

(b)

apa-apa fotograf;

(c)

apa-apa cakera, pita, runut bunyi atau alat lain, yang bukan imej visual, yang di dalamnya terkandung bunyi atau isyarat yang boleh, sama ada dengan bantuan peralatan lain atau tidak, dikeluarkan semula daripadanya; dan

(d)

apa-apa filem, pita atau alat lain yang di dalamnya terkandung imej visual yang boleh, sama ada dengan bantuan peralatan lain atau tidak, dikeluarkan semula daripadanya;

dan apa-apa sebutan kepada suatu salinan sesuatu rekod termasuklah—

dalam hal suatu rekod yang termasuk dalam perenggan (b) tetapi tidak perenggan (c) takrif ini, suatu transkrip bunyi atau isyarat lain yang terkandung di dalamnya;

dalam hal suatu rekod yang termasuk dalam peranggan (c) tetapi tidak perenggan (b) takrif ini, suatu keluaran semula pegun bagi imej yang terkandung di dalamnya, sama ada diperbesar atau tidak; dan dalam hal suatu rekod yang termasuk dalam perenggan (b) dan (c)

takrif ini, transkrip bunyi atau data lain yang terkandung di dalamnya bersama-sama dengan keluaran semula pegun imej yang terkandung di dalamnya;

“ruang udara terkawal” ertinya suatu ruang udara dimensi ditentukan yang di dalamnya perkhidmatan kawalan trafik udara diberikan mengikut klasifikasi ruang udara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah;

26

“sistem kapal udara tanpa pemandu” ertinya suatu kapal udara dan elemen berkaitan dengannya yang dikendalikan tanpa pemandu di dalamnya;

“stesen radio aeronautik” ertinya suatu stesen radio di permukaan yang menghantar atau menerima isyarat bagi maksud membantu sesuatu kapal udara;

“stesen radio aeronautik yang berkenaan” ertinya, berhubungan dengan suatu kapal udara, suatu stesen radio aeronatik yang memberikan perkhidmatan bagi kawasan yang di dalamnya kapal udara itu berada pada masa itu;

“sua berlegar” ertinya peringkat visual bagi suatu sua alatan untuk membawa kapal udara ke dalam posisi untuk pendaratan di atas suatu landasan yang kedudukan tidak bersesuaian bagi suatu sua lurus-masuk;

“tatacara penerbangan alatan” ertinya suatu istilah generik yang termasuk secara sendirinya, keseluruhannya atau sebahagiannya, “tatacara sua alatan”, “ketibaan alatan standard”, “pelepasan alatan standard”, “sua berlegar” dan “tatacara pengendalaan”

yang direka mengikut Tatacara Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa bagi

Perkhidmatan Penerbangan Udara–Operasi (PANS-OPS);

“tatacara pengendalaan” ertinya suatu olah gerak yang dipastikan terlebih dahulu yang membuatkan kapal udara kekal dalam suatu ruang udara yang ditentukan sementara menunggu kelulusan seterusnya;

“tatacara sua alatan” ertinya suatu siri olah gerak yang ditentukan terlebih dahulu dengan merujuk kepada alatan penerbangan, dengan perlindungan yang ditetapkan daripada halangan, dari suatu titik ke suatu titik yang ditetapkan yang darinya suatu pendaratan boleh disempurnakan dan kemudiannya, jika suatu pendaratan tidak boleh disempurnakan, kepada suatu kedudukan yang padanya pengendalaan atau kriteria kelulusan halangan yang lain terpakai;

“ubah suaian” ertinya suatu perubahan kepada jenis reka bentuk sesuatu produk aeronautik yang bukan suatu pembaikan;

27

“unit kawalan trafik udara” ertinya suatu unit yang terdiri daripada seorang atau lebih pengawal trafik udara yang ditubuhkan di sesuatu aerodrom atau mana-mana tempat lain bagi maksud menyediakan perkhidmatan kawalan trafik udara;

“unit kawalan trafik udara yang berkenaan” ertinya, berhubungan dengan suatu kapal udara, unit kawalan trafik udara yang dimaklumkan memberikan perkhidmatan bagi kawasan yang kapal udara berhasrat untuk masuk dan unit yang dengannya kapal udara itu berada pada masa itu atau unit kawalan trafik udara yang dimaklumkan memberikan perkhidmatan bagi kawasan kapal udara itu dikehendaki untuk berkomunikasi sebelum memasuki kawasan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan;

“zon terkawal” ertinya suatu ruang udara terkawal yang menjangkau ke atas dari permukaan bumi sehingga suatu had teratas yang dinyatakan;

“zon trafik aerodrom” ertinya ruang udara dalam dimensi tetap yang diadakan di sekeliling aerodrom bagi melindungi trafik aerodrom sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah;

(2)

Suatu kapal udara disifatkan sebagai dalam penerbangan—

(a)

dalam hal suatu mesin terbang yang dipandu, dari saat apabila, selepas pengambilan krunya bagi maksud berlepas, ia pertama kali bergerak dengan kuasanya sendiri sehingga saat ketika ia seterusnya sampai kepada kedudukan rehat selepas mendarat;

(b)

dalam hal suatu mesin terbang yang tidak dipandu atau suatu glider, dari saat apabila ia pertama kali bergerak bagi maksud berlepas sehingga saat ketika ia seterusnya sampai kepada kedudukan rehat selepas mendarat;

(c)

dalam hal suatu pesawat udara atau belon bebas, dari saat apabila ia pertama kali terpisah dari permukaan sehingga saat ketika ia

28

seterusnya bersambung dengannya atau sampai kepada kedudukan rehat di atasnya; dan

(d)

dalam hal suatu belon bertambat, dari saat apabila belon itu, termasuk kanopi dan bakul, menjadi terpisah dari permukaan, terpisah daripada peranti pembendung yang disambungkan kepada permukaan, sehingga saat ketika ia seterusnya sampai kepada kedudukan rehat di atas permukaan itu, dan ungkapan “suatu penerbangan” dan “untuk terbang” hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN PENERBANGAN AWAM 2016