Seksyen 3
Dalam Bahagian ini, sebutan tentang—
of Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016
P.U. (A)In forceProvision 3 of 7
Seksyen 3
(a)
suatu kepentingan dalam suatu kapal udara tidak termasuk sebutan tentang suatu kepentingan dalam kapal udara yang kepadanya seseorang berhak hanya oleh sebab keanggotaannya dalam suatu kelab penerbangan; dan
(b)
pemunya berdaftar suatu kapal udara termasuk—
(i)
dalam hal orang mati, wakil dirinya; dan
(ii)
dalam hal suatu pertubuhan perbadanan yang telah dibubarkan, penggantinya.