Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN PENERBANGAN AWAM 2016

Seksyen 4

(1)

Seseorang tidak boleh menerbangkan suatu kapal udara di atau melintasi

Malaysia melainkan jika kapal udara didaftarkan di—

29

(a)

sebuah Negara Pejanji, termasuk Malaysia; atau

(b)

mana-mana Negara lain yang berhubungan dengannya ada berkuat kuasa suatu perjanjian antara Kerajaan Malaysia dengan

Kerajaan Negara itu yang perjanjian itu membuat peruntukan bagi penerbangan melintasi Malaysia bagi kapal udara yang didaftarkan di Negara itu.

(2)

Walau apa pun subperaturan (1), seseorang itu boleh menerbangkan suatu kapal udara yang tidak didaftarkan jika—

(a)

penerbangan itu bermula dan berakhir di Malaysia tanpa melintasi mana-mana Negara; dan

(b)

penerbangan itu menurut syarat bagi suatu permit untuk terbang yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah.

(3)

Subperaturan

(1)

tidak terpakai bagi glider, layang-layang, belon bertambat, belon kecil, belon juruterbang meteorologi yang digunakan secara eksklusif bagi maksud meteorologi, belon bebas tanpa muatan, kapal udara kecil tanpa pemandu atau kapal udara pengawasan kecil tanpa pemandu.

Pendaftaran kapal udara di Malaysia

Section 4 — PERATURAN-PERATURAN PENERBANGAN AWAM 2016