Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(1)
Ketua Pengarah hendaklah menjadi pihak berkuasa bagi pendaftaran kapal udara di Malaysia.
(2)
Suatu kapal udara tidak boleh didaftarkan atau terus didaftarkan di
Malaysia jika Ketua Pengarah mendapati bahawa—
(a)
kapal udara itu didaftarkan di luar Malaysia;
(b)
tertakluk kepada subperaturan 6(3), orang yang memegang apa-apa kepentingan di sisi undang-undang atau benefisial melalui
30
pemilikan atau syer dalam kapal udara itu merupakan seorang yang tidak layak;
(c)
kapal udara itu lebih sesuai didaftarkan di Negara Pejanji yang lain; atau
(d)
ia tidak suai manfaat bagi kepentingan awam untuk kapal udara itu didaftarkan, atau terus didaftarkan, di Malaysia.
Kelayakan bagi pendaftaran