Malaysia legislation

Section 6

of PERATURAN-PERATURAN PENERBANGAN AWAM 2016

Seksyen 6

(1)

Ketua Pengarah boleh mendaftarkan suatu kapal udara di Malaysia atas nama seseorang yang layak.

(2)

Seseorang yang layak ialah seseorang yang layak untuk memegang kepentingan di sisi undang-undang atau benefisial melalui pemilikan atau syer dalam kapal udara yang merupakan—

(a)

Kerajaan Malaysia;

(b)

seorang warganegara Malaysia; atau

(c)

suatu pertubuhan perbadanan dan mempunyai pejabat berdaftar di Malaysia.

(3)

Jika seseorang yang bukan warganegara Malaysia atau suatu pertubuhan yang diperbadankan di luar Malaysia tetapi bermastautin atau mempunyai suatu tempat perniagaan di Malaysia memegang suatu kepentingan di sisi undang-undang atau benefisial melalui pemilikan atau syer dalam kapal udara, Ketua Pengarah boleh mendaftarkan kapal udara itu di Malaysia di atas nama orang itu dan kapal udara yang didaftarkan itu tidak boleh digunakan bagi maksud pengangkutan udara komersial atau kerja keudaraan.

31

(4)

Jika suatu kapal udara dicarter secara demis atau disewakan kepada seseorang orang yang layak, Ketua Pengarah boleh, sama ada atau tidak pencarter secara demis atau penyewa itu seorang yang layak, mendaftarkan kapal udara itu di Malaysia.

(5)

Tertakluk kepada peruntukan Bahagian ini, suatu kapal udara yang didaftarkan di bawah subperaturan (4) boleh terus didaftarkan selama carter atau sewaan itu berterusan.

Permohonan bagi pendaftaran

Section 6 — PERATURAN-PERATURAN PENERBANGAN AWAM 2016