Skip to content

Seksyen 10

Pelan kontingensi oleh pengendali aerodrom

of Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam (Keselamatan) 2019

P.U. (A)In forceProvision 10 of 34
Seksyen 10

(1)

Seseorang pengendali aerodrom hendaklah, sebagai tambahan kepada program keselamatan penerbangan awam yang disebut dalam perenggan 9(1)(a), mengadakan suatu pelan kontingensi mengikut kehendak NCASP.

(2)

Pelan kontingensi yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Keselamatan.

(3)

Permohonan bagi kelulusan atau pengubahan kelulusan suatu pelan kontingensi hendaklah dibuat mengikut peraturan 29.

(4)

Bagi maksud peraturan ini, “pelan kontingensi” ertinya suatu pelan proaktif yang termasuklah langkah-langkah dan tatacara yang memperkatakan tentang pelbagai tahap ancaman, penilaian risiko dan langkah-langkah keselamatan berkaitan yang hendaklah dilaksanakan dan direka bentuk untuk menjangkakan, mengurangkan hal kejadian dan menyediakan semua pihak yang berkenaan yang mempunyai peranan dan tanggungjawab sekiranya berlaku tindakan gangguan yang menyalahi undang-undang yang sebenar.