Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“bagasi” ertinya harta peribadi penumpang atau kru yang dibawa di dalam kapal udara dengan persetujuan pengendali;
“bagasi kabin” ertinya bagasi yang diniatkan untuk dibawa di dalam kabin suatu kapal udara;
“barangan” ertinya apa-apa barang selain kargo, mel dan bagasi, dan termasuklah—
(a)
apa-apa barang yang diniatkan untuk penggunaan penumpang atau kru di dalam kapal udara;
(b)
apa-apa barang yang digunakan bagi pengendalian dan penyenggaraan kapal udara, termasuk minyak dan pelincir; dan
P.U. (A) 99 6
(c)
apa-apa barang untuk jualan kepada penumpang atau kru di dalam kapal udara atau dalam kawasan terhad keselamatan;
“Entiti Kerajaan” ertinya—
(a)
mana-mana kementerian, jabatan, pejabat, agensi, pihak berkuasa, suruhanjaya, jawatankuasa, lembaga atau majlis bagi
Kerajaan
Persekutuan, atau bagi mana-mana Kerajaan Negeri, yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau sebaliknya; atau
(b)
mana-mana pihak berkuasa tempatan;
“fi yang ditetapkan” ertinya fi yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan
Penerbangan Awam (Fi dan Caj) 2016 [P.U. (A) 99/2016];
“Jawatankuasa”
ertinya
Jawatankuasa
Keselamatan
Penerbangan
Awam
Kebangsaan yang ditubuhkan di bawah peraturan 6;
“kapal udara”
mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016 [P.U. (A) 97/2016];
“kawasan terhad keselamatan” ertinya apa-apa kawasan yang ditetapkan oleh pengendali aerodrom di bawah peraturan 15;
“NCASP” ertinya program yang diadakan di bawah perenggan 7(1)(a);
“NCASTP” ertinya program yang diadakan di bawah perenggan 7(1)(b);
“Negara Pejanji” ertinya mana-mana Negara yang merupakan pihak kepada
Konvensyen Chicago;
“NQCP” ertinya program yang diadakan di bawah perenggan 7(1)(c);
P.U. (A) 99 7
“pemeriksa keselamatan” ertinya seseorang yang memegang perakuan yang dikeluarkan di bawah peraturan 14;
“pengangkutan udara komersial” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016;
“pengendali” ertinya seseorang yang memegang perakuan pengendali udara yang dikeluarkan di bawah peraturan 110 Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016;
“pengendali aerodrom” ertinya seseorang yang dilesenkan di bawah seksyen 38
Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 [Akta 771];
“pengendali darat” ertinya seseorang yang dilesenkan di bawah seksyen 37 Akta
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015;
“penumpang”
mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016;
“penumpang pindah” ertinya penumpang yang membuat sambungan terus antara dua penerbangan yang berlainan;
“penumpang transit” ertinya penumpang yang berlepas dari suatu aerodrom dalam penerbangan yang sama semasa ketibaannya;
“peralatan keselamatan” ertinya peranti yang mempunyai sifat kegunaan yang khusus, secara individu atau sebagai sebahagian daripada suatu sistem, bagi menghalang atau mengesan apa-apa tindakan gangguan yang menyalahi undang-undang dengan penerbangan awam dan kemudahannya, termasuklah televisyen litar tertutup, pengesan logam tangan, pengesan logam penuh dan pengimbas badan;
“Pihak Berkuasa Keselamatan” ertinya Pihak Berkuasa Keselamatan Penerbangan
Awam Kebangsaan yang ditubuhkan di bawah peraturan 3;
P.U. (A) 99 8
“program keselamatan” ertinya program yang diadakan di bawah peraturan 9;
“Program Keselamatan Kebangsaan” ertinya program yang diadakan di bawah peraturan 7;
“program keselamatan yang diluluskan” ertinya program keselamatan yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Keselamatan di bawah peraturan 29;
“tindakan gangguan yang menyalahi undang-undang” ertinya apa-apa tindakan yang membahayakan perihal selamat penerbangan awam, termasuklah—
(a)
perampasan kapal udara yang menyalahi undang-undang;
(b)
pemusnahan kapal udara yang sedang digunakan;
(c)
pengambilan tebusan di dalam kapal udara atau di aerodrom;
(d)
pencerobohan dengan kekerasan di dalam kapal udara, di lapangan terbang atau di premis kemudahan aeronautik;
(e)
kemasukan senjata atau peranti atau bahan berbahaya yang diniatkan bagi maksud jenayah di dalam kapal udara atau di lapangan terbang;
(f)
kegunaan kapal udara yang sedang digunakan bagi maksud menyebabkan kematian, kecederaan berat pada badan atau kerosakan berat kepada harta atau alam sekitar; dan
(g)
komunikasi maklumat palsu yang membahayakan perihal selamat sesuatu kapal udara dalam penerbangan atau di atas darat, seseorang penumpang, kru, kakitangan di atas darat atau orang awam secara am, di lapangan terbang atau di atas premis kemudahan penerbangan awam.
P.U. (A) 99 9