Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN PENERBANGAN AWAM (KESELAMATAN) 2019

Seksyen 3

(1)

Pihak

Berkuasa hendaklah menjadi

Pihak

Berkuasa

Keselamatan

Penerbangan Awam Kebangsaan.

(2)

Pihak Berkuasa Keselamatan hendaklah bertanggungjawab untuk melindungi penerbangan awam daripada apa-apa tindakan gangguan yang menyalahi undang-undang dan untuk mengawal selia keselamatan penerbangan awam sebagai mematuhi peruntukan Lampiran 17 kepada Konvensyen Chicago.

(3)

Fungsi Pihak Berkuasa Keselamatan adalah—

(a)

untuk mengadakan polisi keselamatan penerbangan awam dan mengkaji semula polisi itu dari semasa ke semasa;

(b)

untuk memantau pelaksanaan peruntukan Peraturan-Peraturan ini;

(c)

untuk menjalankan kajian semula terhadap Program Keselamatan

Kebangsaan;

(d)

untuk meluluskan suatu program keselamatan dan menjalankan kajian semula terhadap mana-mana program keselamatan yang diluluskan;

(e)

untuk menentukan dan mengagihkan tugasan dan menyelaraskan aktiviti keselamatan penerbangan awam antara Entiti Kerajaan, pengendali dan pengendali aerodrom, penyedia perkhidmatan kawalan trafik udara dan mana-mana orang lain yang bertanggungjawab bagi pelaksanaan NCASP;

(f)

untuk menjalankan kajian semula terhadap tahap ancaman kepada penerbangan awam;

P.U. (A) 99 10

(g)

untuk menjalankan penilaian risiko keselamatan secara tetap bagi keselamatan penerbangan awam;

(h)

untuk menilai semula kawalan keselamatan dan tatacara bagi keselamatan penerbangan awam;

(i)

untuk bertindak balas secara bersesuaian dengan tahap ancaman kepada keselamatan penerbangan awam; dan

(j)

untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain yang bersampingan dengan atau berbangkit daripada mana-mana fungsinya di bawah

Peraturan-Peraturan ini.

Maklumat mengenai tindakan gangguan yang menyalahi undang-undang

Section 3 — PERATURAN-PERATURAN PENERBANGAN AWAM (KESELAMATAN) 2019