Skip to content

Seksyen 34

Kesalahan

of Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam (Keselamatan) 2019

P.U. (A)In forceProvision 34 of 34
Seksyen 34

(1)

Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan yang dinyatakan dalam Bahagian A Jadual melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

(a)

jika orang itu ialah seorang individu, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya; atau

(b)

jika orang itu ialah suatu syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau mana-mana kumpulan orang yang lain, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan yang dinyatakan dalam Bahagian B Jadual melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

(a)

jika orang itu ialah seorang individu, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya; atau

(b)

jika orang itu ialah suatu syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau mana-mana kumpulan orang yang lain, didenda tidak melebihi empat ratus ribu ringgit.

P.U. (A) 99 28