Malaysia legislation

Section 6

of PERATURAN-PERATURAN PENERBANGAN AWAM (KESELAMATAN) 2019

Seksyen 6

Jawatankuasa

(1)

Maka hendaklah ditubuhkan suatu Jawatankuasa Keselamatan Penerbangan

Awam Kebangsaan, yang hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(a)

Ketua Pegawai Eksekutif, yang hendaklah menjadi pengerusi;

(b)

seorang wakil Kementerian Pengangkutan; dan

P.U. (A) 99 11

(c)

apa-apa bilangan wakil yang dilantik oleh Ketua Pegawai Eksekutif—

(i)

daripada mana-mana Entiti Kerajaan; dan

(ii)

dalam kalangan pengendali, pengendali aerodrom, penyedia perkhidmatan kawalan trafik udara atau mana-mana orang lain.

(2)

Fungsi Jawatankuasa adalah—

(a)

untuk menasihati Pihak Berkuasa Keselamatan tentang perkara yang berhubungan dengan pelaksanaan peruntukan Peraturan-Peraturan ini;

(b)

untuk memudahkan penyelarasan aktiviti keselamatan penerbangan awam antara Entiti Kerajaan, pengendali dan pengendali aerodrom, penyedia perkhidmatan kawalan trafik udara dan mana-mana orang lain yang bertanggungjawab bagi pelaksanaan NCASP;

(c)

untuk mempertimbangkan syor yang dibuat oleh jawatankuasa keselamatan lapangan terbang berhubung dengan keselamatan penerbangan awam dan, jika sesuai, mencadangkan kepada Pihak

Berkuasa Keselamatan apa-apa perubahan kepada polisi keselamatan penerbangan awam; dan

(d)

untuk menjalankan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang diarahkan oleh Pihak Berkuasa Keselamatan.

(3)

Tatacara Jawatankuasa hendaklah sebagaimana yang dinyatakan dalam

NCASP.

P.U. (A) 99 12

Section 6 — PERATURAN-PERATURAN PENERBANGAN AWAM (KESELAMATAN) 2019