Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
(1)
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah mengadakan dan melaksanakan Program
Keselamatan Kebangsaan seperti yang berikut:
(a)
NCASP, iaitu Program Keselamatan Penerbangan Awam Kebangsaan untuk melindungi pengendalian penerbangan awam daripada apa-apa tindakan gangguan yang menyalahi undang-undang;
(b)
NCASTP, iaitu Program Latihan Keselamatan Penerbangan Awam
Kebangsaan untuk memastikan kesedaran mengenai keselamatan dan latihan fungsi spesifik diberikan kepada semua orang yang terlibat dalam atau yang bertanggungjawab bagi pelaksanaan NCASP;
(c)
NQCP, iaitu Program Kawalan Mutu Keselamatan Penerbangan Awam
Kebangsaan untuk menentukan pematuhan kepada dan mengesahkan keberkesananan NCASP; dan
(d)
apa-apa program lain yang difikirkan perlu oleh Ketua Pegawai
Eksekutif.
(2)
Bagi maksud subperaturan (1), Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah memberi kesan kepada apa-apa kajian semula yang dibuat oleh Pihak Berkuasa Keselamatan di bawah perenggan 3(3)(c).
(3)
Semua pengendali, pengendali aerodrom, pengendali darat dan orang lain yang ditentukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah mematuhi kehendak Program
Keselamatan Kebangsaan.
P.U. (A) 99 13
(4)
Semua Entiti Kerajaan yang bertanggungjawab bagi pelaksanaan Program
Keselamatan Kebangsaan hendaklah bekerjasama dengan dan membantu satu sama lain dalam memastikan pelaksanaan wajar Program Keselamatan Kebangsaan.
(5)
Bagi maksud subperaturan (3), Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah memberikan kepada pengendali, pengendali aerodrom, pengendali darat atau orang lain yang ditentukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif suatu salinan bahagian yang berkenaan atau maklumat yang berkaitan dengan Program Keselamatan Kebangsaan untuk membolehkan pengendali, pengendali aerodrom, pengendali darat atau orang itu mematuhi kehendak Program Keselamatan Kebangsaan.
Pengubahan Program Keselamatan Kebangsaan