Seksyen 20
Obligasi am
of Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam (Pengendalian Aerodrom) 2016
(1)
Pengendali aerodrom hendaklah—
(a)
memastikan aerodrom bebas daripada mana-mana orang yang tidak dibenarkan, kenderaan, atau haiwan yang tidak berada di bawah kawalan yang sewajarnya;
(b)
memastikan aerodrom bebas daripada apa-apa halangan, selain halangan yang dibenarkan, yang boleh mendatangkan bahaya kepada pengendalian kapal udara;
(c)
menanda apa-apa halangan yang dibenarkan mengikut apa-apa kehendak sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah;
(d)
memaklumkan
Ketua
Pengarah berkenaan dengan apa-apa pengubahsuaian kepada halangan yang dibenarkan atau kerja-kerja di tapak udara suatu aerodrom;
(e)
memasang penunjuk arah angin untuk menunjukkan arah angin di permukaan dan memastikan penunjuk arah angin itu berfungsi;
(f)
menyenggara tanda dalam keadaan yang mudah dilihat dan memastikan penandaan itu tersedia boleh dilihat oleh kapal udara di udara atau yang bergerak di darat mengikut apa-apa kehendak sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah;
(g)
menanda kawasan di atas kawasan pendaratan yang tidak dapat digunakan mengikut apa-apa kehendak sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah;
(h)
memaklumkan Ketua Pengarah, jika suatu aerodrom tidak dapat digunakan atau jika mana-mana bahagian di permukaan kawasan
P.U. (A) 98 22
pendaratan merosot kepada suatu tahap yang boleh menjejaskan pengendalian kapal udara yang selamat; dan
(i)
mengemukakan kepada Ketua Pengarah laporan tentang keadaan suatu aerodrom mengikut apa-apa kehendak sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
(2)
Bagi maksud peraturan ini, “kawasan pendaratan” ertinya suatu bahagian kawasan pergerakan di aerodrom yang dimaksudkan bagi pelepasan dan pendaratan kapal udara.