Seksyen 21
Pemeriksaan khas
of Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam (Pengendalian Aerodrom) 2016
(1)
Pengendali aerodrom hendaklah memeriksa sesuatu aerodrom—
(a)
secepat yang dapat dilaksanakan selepas apa-apa kemalangan atau insiden;
(b)
pada mana-mana tempoh pembinaan atau pembaikan kemudahan atau kelengkapan aerodrom yang penting kepada keselamatan pengendalian kapal udara; dan
(c)
pada mana-mana masa lain apabila terdapat keadaan di aerodrom itu yang boleh menjejaskan keselamatan penerbangan.
(2)
Pengendali aerodrom hendaklah melaporkan kepada Ketua Pengarah berkenaan dengan apa-apa pemeriksaan yang dijalankan di bawah subperaturan (1), dalam had masa yang dinyatakan dalam bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.