Malaysia legislation

Section 24

of PERATURAN-PERATURAN PENERBANGAN AWAM (PENGENDALIAN AERODROM) 2016

Seksyen 24

(2)

Pengendali aerodrom hendaklah mengadakan dan menyenggara lampu darat aeronautik dan apa-apa lampu lain sebagaimana yang diperlukan bagi pengendalian kapal udara yang selamat dan bagi kawasan pergerakan aerodrom mengikut apa-apa kehendak sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

(3)

Pengendali aerodrom hendaklah memastikan lampu darat aeronautik dan apa-apa lampu lain di bawah subperaturan (2) yang dipasang di aerodrom dinyalakan.

P.U. (A) 98 24

(4)

Pengendali aerodrom hendaklah memadamkan, menyaring atau mengubah suai untuk menghilangkan lampu di darat yang bukan suatu lampu darat aeronoutik yang oleh sebab keamatan, konfigurasi atau warnanya, boleh menghalang atau menyebabkan kekeliruan dalam pentafsiran lampu darat aeronautik.

(5)

Tiada seorang pun boleh mengadakan, menyenggara atau mengubah spesifikasi mana-mana lampu darat aeronautik, selain bikon aeronautik, kecuali dengan kebenaran Ketua Pengarah.

(6)

Bagi maksud peraturan ini, “bikon aeronautik” ertinya suatu lampu darat aeronautik yang boleh dilihat dari semua azimuth, secara berterusan atau sekejap-sekejap, untuk menandakan suatu titik tertentu di permukaan suatu aerodrome.

Bekalan kuasa sekunder

Section 24 — PERATURAN-PERATURAN PENERBANGAN AWAM (PENGENDALIAN AERODROM) 2016