Malaysia legislation
Section 4
of PERATURAN-PERATURAN PENERBANGAN AWAM (PENGENDALIAN AERODROM) 2016
Seksyen 4
(2)
Peraturan-Peraturan ini tidak terpakai bagi aerodrom angkatan tentera.
Tafsiran 3.
Dalam Peraturan-Peraturan ini—
“apron” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Peraturan-Peraturan
Penerbangan Awam 2016 [P.U. (A) 97 /2016];
“bahaya hidupan liar” ertinya suatu potensi bagi suatu perlanggaran kapal udara dengan hidupan liar di atau berhampiran dengan suatu aerodrom;
“halangan” ertinya suatu benda tetap, sama ada sementara atau kekal, atau benda bergerak, atau mana-mana bahagian benda itu—
P.U. (A) 98 8
(a)
yang terletak di suatu kawasan yang dimaksudkan untuk pergerakan permukaan suatu kapal udara;
(b)
yang melebihi suatu permukaan yang ditentukan yang dimaksudkan untuk melindungi kapal udara dalam penerbangan; atau
(c)
yang terletak di luar permukaan yang ditentukan itu dan telah dinilai sebagai suatu bahaya kepada penerbangan udara;
“halangan yang dibenarkan” ertinya apa-apa halangan yang dibenarkan oleh
Ketua Pengarah di atas jalur landasan, kawasan keselamatan hujung landasan, jalur jalan teksi atau dalam jarak lega landasan jalan teksi atau di atas laluan lega;
“hidupan liar” termasuklah burung liar dan binatang jinakan;
“jalan teksi” ertinya suatu laluan yang ditentukan di atas suatu aerodrom yang diadakan untuk penteksian kapal udara dan dimaksudkan untuk menyediakan suatu sambungan di antara satu bahagian aerodrom dengan bahagian yang lain, termasuklah—
(a)
suatu lorong teksi tempat letak kapal udara, yang merupakan suatu bahagian apron yang ditentukan sebagai jalan teksi dan dimaksudkan untuk menyediakan akses kepada tempat letak kapal udara sahaja;
(b)
suatu jalan teksi apron, yang merupakan suatu bahagian sistem jalan teksi yang terletak di atas suatu apron dan dimaksudkan untuk menyediakan laluan teksi merentasi apron itu; atau
(c)
suatu jalan teksi keluar pesat, yang merupakan suatu jalan teksi yang bersambung dengan landasan pada suatu sudut akut dan direka bentuk untuk membenarkan kapal udara yang mendarat untuk dimatikan pada kelajuan yang lebih tinggi berbanding yang dicapai di atas jalan teksi keluar yang lain dan dengan itu meminimumkan masa duduk di atas landasan;
P.U. (A) 98 9
“jalur jalan teksi” ertinya suatu kawasan di aerodrom termasuklah suatu jalan teksi yang dimaksudkan untuk melindungi kapal udara yang dikendalikan di atas jalan teksi dan untuk mengurangkan risiko kerosakan kepada suatu kapal udara yang dengan tidak sengaja terbabas dari jalan teksi;
“jalur landasan” ertinya suatu kawasan yang ditentukan di suatu aerodrom, termasuklah landasan dan laluan hentian, jika disediakan, yang dimaksudkan—
(a)
untuk mengurangkan risiko kerosakan kepada kapal udara yang terbabas dari landasan; dan
(b)
untuk melindungi kapal udara yang terbang melintasinya semasa pengendalian pelepasan atau pendaratan;
“kapal udara”
mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016;
“kawasan olah gerak” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016;
“kawasan pergerakan” ertinya bahagian suatu aerodrom yang digunakan bagi pelepasan, pendaratan dan penteksian suatu kapal udara, yang terdiri daripada kawasan olah gerak dan apron;
“kemudahan” termasuklah—
(a)
jalan berturap;
(b)
alat bantu pandang;
(c)
pagaran;
(d)
kelengkapan komunikasi, penerbangan dan pengawasan;
P.U. (A) 98 10
(e)
sistem perparitan; dan
(f)
bangunan;
“lampu aeronautik darat” ertinya apa-apa lampu yang disediakan khusus sebagai alat bantu kepada penerbangan udara selain lampu yang ditunjukkan pada suatu kapal udara;
“landasan” ertinya suatu kawasan segi empat yang ditentukan di atas suatu aerodrom darat yang dimaksudkan untuk pelepasan dan pendaratan kapal udara;
“malam” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Peraturan-Peraturan
Penerbangan Awam 2016;
“penandaan” ertinya suatu simbol atau kumpulan simbol di atas suatu aerodrom yang ditunjukkan pada permukaan kawasan pergerakan bagi menyampaikan maklumat aeronautik;
“pengangkutan udara komersial” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016;
“pengendali aerodrom” ertinya—
(a)
mana-mana orang yang dilesenkan di bawah peraturan 6 untuk menyenggara atau mengendalikan aerodrom Kategori 2 atau 4; atau
(b)
mana-mana orang yang dilesenkan di bawah seksyen 38 Akta Suruhanjaya
Penerbangan Malaysia 2015 [Akta 771] untuk mengendalikan aerodrom
Kategori 1 atau 3;
“perkhidmatan penerbangan udara” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016;
P.U. (A) 98 11
“permukaan had halangan” ertinya suatu siri permukaan yang menentukan isi padu ruang udara di dan di sekeliling suatu aerodrom untuk dikekalkan bebas halangan bagi membolehkan pengendalian kapal udara yang dimaksudkan dijalankan dengan selamat dan untuk mencegah aerodrom itu daripada menjadi tidak boleh digunakan akibat pertumbuhan halangan di sekeliling aerodrom itu;
“rekod” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Peraturan-Peraturan
Penerbangan Awam 2016;
“sekitar” ertinya suatu ruang udara yang ditentukan di sekeliling suatu aerodrom bagi mengawal halangan yang boleh melanggar permukaan had halangan di sekeliling aerodrom itu, yang terletak dalam lingkungan radius 15, 000 meter dari aerodrom itu;
“tanda” termasuklah suatu isyarat, tanda amaran, tiang, tiang penunjuk arah, garisan, lampu dan peranti lain bagi panduan atau arahan seseorang yang mengunakan suatu kawasan olah gerak;
“tapak udara” ertinya kawasan pergerakan suatu aerodrom, muka bumi bersebelahan dan apa-apa bangunan atau mana-mana bahagian bangunan itu, yang akses kepadanya dikawal;
“unit perkhidmatan penerbangan udara” termasuklah unit kawalan lalu lintas udara, pusat maklumat penerbangan dan pejabat pelaporan perkhidmatan penerbangan udara.