Skip to content

Seksyen 54

Pemberitahuan dan pelaporan

of Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam (Pengendalian Aerodrom) 2016

P.U. (A)In forceProvision 53 of 67
Seksyen 54

(1)

Pengendali aerodrom hendaklah melapor kepada Ketua Pengarah secara bertulis, dan juruterbang yang boleh terjejas, dalam tempoh masa yang ditentukan oleh

Ketua Pengarah, berhubung dengan—

P.U. (A) 98 39

(a)

apa-apa perbezaan dalam maklumat yang disediakan oleh pengendali aerodrom dalam

Penerbitan

Maklumat

Aeronautik,

Surat Pekeliling Maklumat Aeronautik atau pemberitahuan kepada petugas udara;

(b)

apa-apa perubahan kepada kemudahan aerodrom, kelengkapan dan peringkat perkhidmatan yang telah dirancang, terlebih dahulu; dan

(c)

apa-apa isu yang memerlukan pemberitahuan segera termasuklah halangan dan bahaya hidupan liar, peringkat perkhidmatan, kawasan pergerakan dan apa-apa keadaan yang menjejaskan keselamatan penerbangan di aerodrom dan apa-apa langkah berjaga-jaga yang perlu diambil.

(2)

Bagi maksud peraturan ini―

(a)

“Penerbitan Maklumat Aeronautik” ertinya penyiaran maklumat aeronautik yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah;

(b)

“Pekeliling Maklumat Aeronautik” ertinya surat pekeliling maklumat aeronautik yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah;

(c)

“pemberitahuan kepada petugas udara”

ertinya notis yang mengandungi maklumat berkenaan dengan penubuhan, syarat atau perubahan dalam mana-mana kemudahan, servis, tatacara atau bahaya, yang terlibat pengetahuan pada masanya penting kepada kakitangan yang terlibat dengan pengendalian penerbangan.

P.U. (A) 98 40