Malaysia legislation

Section 55

of PERATURAN-PERATURAN PENERBANGAN AWAM (PENGENDALIAN AERODROM) 2016

Seksyen 55

(2)

Suatu kapal udara hendaklah diterima untuk penempatan tertakluk kepada syarat yang berikut:

(a)

semua caj yang kena dibayar berkenaan dengan kapal udara itu hendaklah kena dibayar oleh pengendali, pemunya atau ketua juruterbang kapal udara itu sebelum berlepas;

(b)

jika berlaku kemungkiran dalam pembayaran caj, Ketua Pengarah, bagi pihak Kerajaan berhak dengan serta-merta untuk memindahkan kapal udara itu dari mana-mana hangar atau bangsal yang di dalamnya ia ditempatkan atau disimpan dan untuk meletakkannya di tempat terbuka dan Ketua Pengarah berhak selanjutnya, sama ada sebagai tambahan atau sebagai alternatif kepada pemindahan itu, selepas memberikan notis bertulis empat belas hari mengenai niatnya untuk berbuat demikian, untuk menjual kapal udara itu atau mana-mana bahagian atau komponen atau aksesorinya melalui lelongan awam atau kontrak persendirian tanpa dia sendiri atau pegawainya bertanggungjawab bagi apa-apa kerugian berhubung dengan jualan itu dan untuk membayar balik kepada dirinya daripada hasil jualan itu jumlah caj yang kena dibayar kepadanya serta kos, caj dan perbelanjaan yang ditanggung berkaitan dengan penjualan itu;

P.U. (A) 98 41

(c)

sebagai tambahan kepada mana-mana lien atau hak atau remedi lain yang Kerajaan mungkin ada berkenaan dengan kapal udara itu, sama ada di bawah syarat ini atau selainnya, Kerajaan berhak untuk menyimpan pemunyaan kapal udara itu sehingga semua caj yang kena dibayar berkenaan dengan kapal udara itu telah dibayar tanpa mengambil kira sama ada caj itu atau mana-mana bahagiannya telah dituntut sebelum itu ataupun tidak; dan

(d)

Kerajaan tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kerugian, kehilangan atau kerosakan kepada kapal udara atau mana-mana bahagian, komponen atau aksesorinya yang berpunca daripada apa jua sebab sekalipun sama ada ketika dalam jagaan atau simpanan atau selainnya.

Parkir kapal udara

Section 55 — PERATURAN-PERATURAN PENERBANGAN AWAM (PENGENDALIAN AERODROM) 2016