Skip to content

Seksyen 58

Melainkan jika perkiraan telah dibuat terlebih dahulu dengan Ketua Pengarah—

of Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam (Pengendalian Aerodrom) 2016

P.U. (A)In forceProvision 57 of 67
Seksyen 58

(a)

caj penempatan hendaklah dibayar sebelum kapal udara itu berlepas dari lapangan terbang mendarat;

(b)

semua caj kemudahan penerbangan udara bagi suatu penerbangan yang hendak dilakukan hendaklah dibayar terlebih dahulu sebelum penerbangan itu;

(c)

Ketua Pengarah boleh enggan untuk membenarkan kapal udara berlepas dari lapangan terbang sehingga semua caj yang kena dibayar di bawah

Bahagian ini telah dibayar; dan

(d)

semua caj kemudahan penerbangan udara bagi suatu penerbangan yang tidak mendarat di lapangan terbang di Malaysia hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan oleh pengendali, pemunya atau ketua juruterbang kapal udara itu.