Malaysia legislation

Section 60

of PERATURAN-PERATURAN PENERBANGAN AWAM (PENGENDALIAN AERODROM) 2016

Seksyen 60

Langkah keselamatan terhadap kebakaran

(a)

merokok atau menyalakan api di dalam mana-mana kawasan, yang perbuatan itu dilarang oleh suatu notis yang dipamerkan;

(b)

jika tidak terdapat notis yang melarang merokok atau menyalakan api di suatu tempat, merokok di tempat itu atau menyalakan api di tempat itu dalam jarak sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dari mana-mana―

(i)

kapal udara;

(ii)

kenderaan yang digunakan bagi membekalkan bahan api kepada suatu kapal udara;

(iii)

stor bahan api;

(iv)

tempat pembuangan sampah;

(v)

tempat penyimpanan cecair bahan api; atau

(vi)

tempat penyimpanan bahan letupan;

(c)

dengan sengaja memberikan penggera kebakaran palsu;

(d)

mengusik atau mengganggu apa-apa hos bomba, pili bomba atau apa-apa kelengkapan yang disediakan bagi maksud memadam kebakaran;

(e)

menyimpan, menstor, membuang atau melepaskan apa-apa cecair mudah bakar, gas, nyalaan isyarat atau bahan seumpamanya dalam suatu kapal udara, kecuali di dalam bekas yang bersesuaian bagi maksud itu atau di suatu di aerodrom itu tempat yang diluluskan khas oleh pengendali aerodrom bagi maksud itu; dan

P.U. (A) 98 45

(f)

menstor atau menyusun apa-apa material atau kelengkapan dengan cara yang boleh atau mungkin menyebabkan bahaya api; atau

(g)

melakukan apa-apa tindakan atau menyebabkan apa-apa keadaan yang pada pendapat Ketua Pengarah boleh menyebabkan bahaya api dalam suatu aerodrom.

(2)

Pengendali aerodrom hendaklah mempamerkan di tempat yang mudah dilihat dalam aerodrom, perbuatan yang dilarang di bawah subperaturan (1).

Penjalanan ujian enjin kapal udara

Section 60 — PERATURAN-PERATURAN PENERBANGAN AWAM (PENGENDALIAN AERODROM) 2016