Malaysia legislation

Section 12

of PERATURAN-PERATURAN PENERBANGAN AWAM (PENGENDALIAN AERODROM) (PINDAAN) 2018

Seksyen 12

Peraturan 55 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—

(a)

dalam subperaturan (1)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “Ketua Pengarah” dengan perkataan “Pihak Berkuasa”; dan

(ii)

dengan menggantikan perkataan “Jabatan Penerbangan Awam”

dengan perkataan “Pihak Berkuasa”; dan

P.U. (A) 44 8

(b)

dalam subperaturan (2), dengan menggantikan perenggan (b) dengan perenggan yang berikut:

“(b)

jika berlaku kemungkiran dalam pembayaran caj, Pihak Berkuasa, bagi pihak

Kerajaan, berhak dengan serta-merta untuk memindahkan kapal udara itu dari mana-mana hangar atau bangsal yang di dalamnya ia ditempatkan atau disimpan dan untuk meletakkannya di tempat terbuka dan Pihak Berkuasa berhak selanjutnya, sama ada sebagai tambahan atau sebagai alternatif kepada pemindahan itu, selepas memberikan notis bertulis empat belas hari kepada pemunya mengenai niat Pihak Berkuasa untuk berbuat demikian, untuk menjual kapal udara itu atau mana-mana bahagian atau komponen atau aksesorinya melalui lelongan awam atau kontrak persendirian tanpa Pihak Berkuasa atau pegawai Pihak Berkuasa yang bertanggungjawab bagi apa-apa kerugian berhubung dengan jualan itu dan untuk membayar balik kepada Pihak Berkuasa daripada hasil jualan itu jumlah caj yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa serta segala kos, caj dan perbelanjaan yang ditanggung berkaitan dengan penjualan itu;”.

Pindaan peraturan 60

Section 12 — PERATURAN-PERATURAN PENERBANGAN AWAM (PENGENDALIAN AERODROM) (PINDAAN) 2018