Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memasukkan selepas peraturan 60
peraturan yang berikut:
“Pemeriksa perubatan 60A.
(1)
Tiada seorang pun boleh bertindak sebagai pemeriksa perubatan di bawah peraturan 60 kecuali dengan kelulusan Ketua
Pengarah.
(2)
Permohonan bagi suatu kelulusan di bawah subperaturan (1) hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah mengikut peraturan 189.”
P.U. (A) 237 4
Pindaan peraturan 99 7.
Peraturan 99 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
(a)
dengan menggantikan subperaturan (1) dengan subperaturan yang berikut:
“(1)
Seseorang tidak boleh memasuki atau berada di dalam mana-mana kapal udara jika dia berada di bawah pengaruh alkohol atau apa-apa dadah.”;
(b)
dalam subperaturan (2), dengan menggantikan perkataan “alkohol, mana-mana dadah atau apa-apa bahan psikoaktif,” dengan perkataan
“alkohol atau apa-apa dadah,”; dan
(c)
dengan memotong subperaturan (3).
Pindaan peraturan 157 8.
Peraturan 157 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
(a)
dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan “bahan-bahan psikoaktif” dengan perkataan “alkohol atau apa-apa dadah”; dan
(b)
dengan menggantikan perkataan “alkohol, apa-apa dadah atau apa-apa bahan psikoaktif,” dengan perkataan “alkohol atau apa-apa dadah,”.
P.U. (A) 237 5
Pindaan peraturan 165 9.
Subperaturan 165(2) Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memasukkan selepas perenggan (d) perenggan yang berikut:
“(da) merupakan pemunya suatu kelab penerbangan atau ketua juruterbang kapal udara yang digunakan oleh suatu kelab penerbangan, termasuklah pemunya kelab penerbangan atau ketua juruterbang kapal udara kelab penerbangan yang diluluskan di bawah peraturan 67;”.
Pindaan Bahagian XXVI