Malaysia legislation
Section 26
Seksyen 26
Peraturan 111 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
(a)
dengan menggantikan subperaturan
(1)
dengan subperaturan yang berikut:
“(1) Seseorang pengendali kapal udara Malaysia yang terbang bagi maksud pengangkutan udara komersial hendaklah mengemukakan suatu manual pengendalian kepada Pihak Berkuasa untuk kelulusan dalam bentuk dan cara dan disertakan dengan dokumen atau maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif.”; dan
(b)
dalam subperaturan (2), (3), (4) dan (5), dengan menggantikan perkataan
“Ketua Pengarah” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan
“Pihak Berkuasa”.
Pindaan peraturan 112