Malaysia legislation
Section 46
Seksyen 46
(1)
Apa-apa kebenaran, perakuan, lesen, permit, kelulusan, keizinan, pengecualian atau dokumen lain yang dikeluarkan atau diberikan oleh Ketua Pengarah di bawah
Peraturan-Peraturan ibu sebelum tarikh permulaan kuat kuasa
Peraturan-Peraturan ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa
Peraturan-Peraturan ini, terus sah dan berkuat kuasa seolah-olah Peraturan-Peraturan ibu tidak dipinda oleh Peraturan-Peraturan ini sehingga digantung atau diubah, sementara atau tidak, dibatalkan atau habis tempoh di bawah atau menurut peruntukan yang bersamaan Peraturan-Peraturan ibu sebagaimana dipinda oleh
Peraturan-Peraturan ini.
P.U. (A) 43 22
(2)
Tiada apa-apa jua dalam Peraturan-Peraturan ini boleh ditafsirkan sebagai melanjutkan jangka masa apa-apa kebenaran, perakuan, lesen, permit, kelulusan, keizinan, pengecualian atau dokumen lain yang dinyatakan dalam subperaturan (1) melampaui tarikh habis tempohnya.
(3)
Apa-apa notis, surat pekeliling, arahan, maklumat, kehendak, permintaan, program atau manual yang dikeluarkan atau dibuat oleh Ketua Pengarah di bawah
Peraturan-Peraturan ibu sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini, terus sah dan berkuat kuasa seolah-olah
Peraturan-Peraturan ibu tidak dipinda oleh
Peraturan-Peraturan ini.
(4)
Apa-apa penggantungan atau perubahan, sementara atau tidak, atau pembatalan suatu kebenaran, perakuan, lesen, permit, kelulusan, keizinan, pengecualian atau dokumen lain oleh Ketua Pengarah di bawah Peraturan-Peraturan ibu sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini, terus sah dan berkuat kuasa seolah-olah
Peraturan-Peraturan ibu tidak dipinda oleh Peraturan-Peraturan ini.
(5)
Apa-apa permohonan kepada Ketua Pengarah yang belum selesai pada tarikh kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini, diuruskan di bawah Peraturan-Peraturan ibu sebagaimana dipinda oleh Peraturan-Peraturan ini.
Bertarikh 14 Februari 2018
[DCA/PUU/(S)03; PN(PU2)38]
DATO’ SRI LIOW TIONG LAI
Menteri Pengangkutan
P.U. (A) 43 23
CIVIL AVIATION ACT 1969
CIVIL AVIATION (AMENDMENT) REGULATIONS 2018