Malaysia legislation
Section 198
of PERATURAN-PERATURAN PENERBANGAN AWAM (PINDAAN) (NO. 3) 2011
Seksyen 198
(2)
Bagi maksud subperaturan (1), Ketua Pengarah hendaklah mematuhi peruntukan Aneks 17 dan Manual Keselamatan bagi Melindungi
Penerbangan Awam daripada Perbuatan Gangguan yang Menyalahi Undang-Undang yang dikeluarkan oleh ICAO yang dipinda dari semasa ke semasa.
(3)
Tanpa menjejaskan keluasan subperaturan (1) dan (2), Ketua
Pengarah hendaklah menubuhkan suatu Program Keselamatan Penerbangan
Awam Kebangsaan dan apa-apa program keselamatan lain yang terpakai bagi
3
pengendali kapaludara, pengendali padang terbang, syarikat berlesen, ejen kargo udara, atau mana-mana orang lain yang pada pendapat Ketua Pengarah perlu bagi maksud keselamatan penerbangan.
(4)
Ketua Pengarah boleh, dari semasa ke semasa, di bawah peraturan ini, mengeluarkan notis kepada mana-mana orang yang baginya peraturan ini terpakai yang menghendaki orang itu untuk mengambil apa-apa langkah seperti yang dinyatakan dalam notis itu.”.
Dibuat 2 November 2011
[KP/PUU/0.440/W/BU/1/38; PN(PU2)38/VI]
DATO’ SERI KONG CHO HA
Menteri Pengangkutan
4
CIVIL AVIATION ACT 1969
CIVIL AVIATION (AMENDMENT) (NO. 3) REGULATIONS 2011