Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN PENGANGKUTAN AWAM DARAT (PELESENAN TERMINAL) (STESEN DAN PUSAT PENGANGKUTAN) 2024

Seksyen 3

Tafsiran

“caj terminal” ertinya fi yang boleh dikenakan oleh pemegang lesen terminal mengikut gred terminal sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual Kedua;

“fi lesen” ertinya fi tahunan yang dikenakan kepada pemegang lesen terminal mengikut kategori sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual Pertama;

P.U. (A) 42 5

“gred terminal” ertinya gred sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah

Pengangkutan Awam Darat dalam lesen berdasarkan kemudahan, fasiliti dan tahap perkhidmatan yang disediakan di stesen dan pusat pengangkutan bagi tujuan penentuan caj terminal;

“kategori terminal” ertinya kategori terminal sebagaimana yang ditentukan oleh

Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dalam lesen mengikut purata harian jumlah penumpang dalam setahun atau purata harian jumlah kemasukan kenderaan perkhidmatan awam dan kenderaan pelancongan ke terminal dalam setahun sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual Pertama;

“operasi terminal” ertinya aktiviti mengambil dan menurunkan penumpang, aktiviti perniagaan, aktiviti masuk dan keluar orang di terminal dan lain-lain aktiviti di dalam kawasan terminal termasuklah—

(i)

kutipan caj terminal;

(ii)

pengurusan dan pengawalseliaan operasi terminal;

(iii)

pembersihan dan penyenggaraan; dan

(iv)

sistem keselamatan dan sekuriti;

“pemilik terminal” ertinya pemilik bangunan yang bangunannya digunakan sepenuhnya atau sebahagiannya untuk operasi terminal;

“pengguna terminal” ertinya mana-mana orang yang berada di sekitar kawasan terminal termasuk penumpang.

P.U. (A) 42 6

Section 3 — PERATURAN-PERATURAN PENGANGKUTAN AWAM DARAT (PELESENAN TERMINAL) (STESEN DAN PUSAT PENGANGKUTAN) 2024