Malaysia legislation
Section 2
of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM (CARA RAYUAN) 2011
Seksyen 2
(1)
Seseorang yang terkilan dengan keputusan Ketua Pengarah yang dibuat di bawah Bahagian III dan IV Akta boleh merayu kepada Menteri dalam masa empat belas hari dari tarikh keputusan itu disampaikan kepada orang itu dengan menyampaikan suatu notis rayuan kepada Menteri.
(2)
Suatu notis rayuan di bawah subperaturan (1) hendaklah─
(a)
dibuat secara bertulis dalam bahasa kebangsaan dan boleh disertakan dengan terjemahan dalam bahasa Inggeris;
(b)
menyatakan alasan rayuan yang menerangkan kandungan keputusan Ketua Pengarah yang dirayu itu;
(c)
mengandungi alamat di mana apa-apa notis atau dokumen yang berkaitan dengan rayuan itu boleh disampaikan kepada perayu; dan 4
(d)
ditandatangani oleh perayu itu.
(3)
Perayu itu hendaklah juga menyampaikan suatu salinan notis rayuan kepada Ketua Pengarah.
Alasan keputusan