Malaysia legislation
Section 4
of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM (CARA RAYUAN) 2011
Seksyen 4
Keputusan Menteri atas rayuan
(1)
Menteri hendaklah, selepas menimbangkan─
(a)
alasan rayuan yang dinyatakan oleh perayu di bawah perenggan 2(2)(b); dan
(b)
pernyataan alasan keputusan yang dikemukakan oleh Ketua
Pengarah di bawah peraturan 3, memutuskan rayuan.
(2)
Keputusan Menteri atas rayuan itu hendaklah disampaikan kepada perayu oleh Ketua Pengarah melalui suatu notis bertulis dalam masa tujuh hari dari tarikh Ketua Pengarah diberitahu tentang keputusan sedemikian.
(3)
Keputusan Menteri atas rayuan itu adalah muktamad dan mengikat.
Dibuat 24 Ogos 2011
[KPKT/PUU/(S)/8/11; PN(PU2)671/V]
DATO’ WIRA CHOR CHEE HEUNG
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
5
SOLID WASTE AND PUBLIC CLEANSING MANAGEMENT ACT 2007
_____________________