Malaysia legislation

Section 10

of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM (PELESENAN) (PENGURUSAN ATAU PENGENDALIAN KEMUDAHAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL YANG DITETAPKAN) 2011

Seksyen 10

Resit penghantaran sisa pepejal terkawal

(1)

Jika mana-mana sisa pepejal terkawal dihantar ke suatu kemudahan pengurusan sisa pepejal yang ditetapkan, pemegang lesen hendaklah mengeluarkan suatu resit kepada orang yang menghantar sisa pepejal terkawal itu.

(2)

Resit itu hendaklah mengandungi maklumat yang termasuklah─

7

(a)

orang dan kenderaan yang menghantar sisa pepejal terkawal itu;

(b)

tarikh dan masa penghantaran;

(c)

kategori dan kawasan skim bagi sisa pepejal terkawal yang dihantar itu; dan

(d)

tertakluk kepada subperaturan (3), amaun sisa pepejal terkawal yang dihantar itu.

(3)

Amaun yang disebut dalam perenggan (2)(d) ialah amaun yang telah ditentukan oleh pemegang lesen di bawah subperaturan 9(2) Peraturan-Peraturan

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Kemudahan Pengurusan Sisa Pepejal yang Ditetapkan dan Kelulusan bagi Pembinaan, Pengubahan dan Penutupan

Kemudahan) 2011.

(4)

Pemegang lesen hendaklah menyimpan salinan resit itu bagi tempoh tujuh tahun dari tarikh pengeluaran resit itu dan menyediakannya untuk pemeriksaan apabila diminta oleh Perbadanan.

(5)

Seseorang pemegang lesen yang melanggar subperaturan (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

Pelaporan

Section 10 — PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM (PELESENAN) (PENGURUSAN ATAU PENGENDALIAN KEMUDAHAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL YANG DITETAPKAN) 2011