Malaysia legislation

Section 11

of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM (PELESENAN) (PENGURUSAN ATAU PENGENDALIAN KEMUDAHAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL YANG DITETAPKAN) 2011

Seksyen 11

(1)

Tiap-tiap pemegang lesen hendaklah menyediakan laporan berkenaan dengan─

(a)

sisa pepejal terkawal yang dihantar ke kemudahan pengurusan sisa pepejal yang ditetapkan dan diangkut dari kemudahan pengurusan sisa pepejal yang ditetapkan itu ke mana-mana kemudahan pengurusan sisa pepejal yang ditetapkan yang lain;

8

(b)

baki yang diangkut dari kemudahan pengurusan sisa pepejal yang ditetapkan itu ke mana-mana kemudahan pengurusan sisa pepejal yang ditetapkan yang lain; dan

(c)

baki yang diangkut dari mana-mana kemudahan pengurusan sisa pepejal yang ditetapkan yang lain ke kemudahan pengurusan sisa pepejal yang ditetapkan itu, bagi setiap suku tahun, dan laporan itu hendaklah dikemukakan kepada Perbadanan dalam masa lima belas hari selepas akhir suku tahun itu.

(2)

Laporan di bawah subperaturan (1) hendaklah mengandungi maklumat yang termasuklah─

(a)

orang dan kenderaan yang menghantar dan mengangkut sisa pepejal terkawal atau baki;

(b)

tarikh dan masa penghantaran atau pengangkutan;

(c)

kategori, amaun dan kawasan skim bagi sisa pepejal terkawal atau baki yang dihantar atau diangkut;

(d)

nombor resit yang dikeluarkan di bawah peraturan 10.

Syarat lain

Section 11 — PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM (PELESENAN) (PENGURUSAN ATAU PENGENDALIAN KEMUDAHAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL YANG DITETAPKAN) 2011