Malaysia legislation
Section 11
Seksyen 11
(1)
Tiap-tiap pemegang lesen hendaklah menyimpan rekod penghantaran ke kemudahan pengurusan sisa pepejal yang ditetapkan bagi sisa pepejal isi rumah, sisa pepejal awam, sisa pepejal keinstitusian awam atau sisa pepejal yang serupa dengan
11
sisa pepejal isi rumah yang telah dipungut oleh pemegang lesen, dan rekod itu hendaklah mengandungi maklumat yang termasuk─
(a)
jenis sisa pepejal isi rumah, sisa pepejal awam, sisa pepejal keinstitusian awam atau sisa pepejal yang serupa dengan sisa pepejal isi rumah yang dipungut, iaitu sisa baki, sisa yang boleh dikitar semula, sisa taman atau sisa pukal;
(b)
kuantiti sisa baki, sisa yang boleh dikitar semula, sisa taman atau sisa pukal bagi sisa pepejal isi rumah, sisa pepejal awam, sisa pepejal keinstitusian awam atau sisa pepejal yang serupa dengan sisa pepejal isi rumah yang dipungut;
(c)
kawasan skim dan sumber sisa pepejal isi rumah, sisa pepejal awam, sisa pepejal keinstitusian awam atau sisa pepejal yang serupa dengan sisa pepejal isi rumah; dan
(d)
kemudahan pengurusan sisa pepejal yang ditetapkan yang kepadanya sisa baki, sisa yang boleh dikitar semula, sisa taman atau sisa pukal dihantar.
(2)
Pemegang lesen hendaklah menyimpan rekod di bawah subperaturan (1)
bagi tempoh tujuh tahun dari tarikh pengeluaran resit oleh pemegang lesen bagi kemudahan pengurusan sisa pepejal yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan
Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Pelesenan) (Pengurusan atau
Pengendalian
Kemudahan
Pengurusan
Sisa
Pepejal yang
Ditetapkan)
2011
[P.U. (A) 304/2011], dan menyediakannya untuk pemeriksaan apabila diminta oleh
Perbadanan.
(3)
Ketua
Pengarah boleh menghendaki apa-apa rekod di bawah subperaturan (1) dikemukakan kepada Perbadanan oleh pemegang lesen dalam apa-apa bentuk dan pada apa-apa kekerapan sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua
Pengarah.
12
(4)
Seseorang pemegang lesen yang melanggar subperaturan (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.