Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM (PELESENAN) (PENGUSAHAAN ATAU PENYEDIAAN PERKHIDMATAN PEMUNGUTAN BAGI SISA PEPEJAL ISI RUMAH, SISA PEPEJAL AWAM, SISA PEPEJAL KEINSTITUSIAN AWAM DAN SISA PEPEJAL YANG SERUPA DENGAN SISA PEPEJAL ISI RUMAH) 2011

Seksyen 2

(1)

Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain─

“bekas” ertinya bekas sisa individu atau bekas sisa komunal yang disediakan bagi sisa baki;

“jadual pemungutan” ertinya suatu jadual bagi perkhidmatan pemungutan yang mengandungi butir-butir termasuklah hari dan masa pemungutan sisa pepejal isi rumah, sisa pepejal awam, sisa pepejal keinstitusian awam atau sisa pepejal yang serupa dengan sisa pepejal isi rumah bagi mana-mana kawasan perkhidmatan;

“kawasan perkhidmatan” ertinya suatu kawasan di dalam kawasan skim di mana perkhidmatan pemungutan disediakan;

4

“kawasan skim” ertinya kawasan geografi bagi skim yang berkenaan yang di dalamnya kawasan perkhidmatan terletak;

“kemudahan jagaan kesihatan kerajaan” ertinya apa-apa kemudahan yang digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan bagi mengadakan perkhidmatan jagaan kesihatan yang ditubuhkan, disenggarakan, dikendalikan atau disediakan oleh Kerajaan, tetapi tidak termasuk kemudahan jagaan kesihatan Kerajaan yang diswastakan atau yang diperbadankan;

“kemudahan pengurusan sisa pepejal yang ditetapkan” ertinya mana-mana kemudahan pengurusan sisa pepejal yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Kemudahan Pengurusan Sisa Pepejal yang Ditetapkan dan Kelulusan bagi Pembinaan, Pengubahan dan Penutupan

Kemudahan) 2011 [P.U. (A) 302/2011];

“pemungutan tepi bebendul jalan” ertinya pemungutan pintu ke pintu sisa pepejal isi rumah, sisa pepejal awam, sisa pepejal keinstitusian awam atau sisa pepejal yang serupa dengan sisa pepejal isi rumah dari premis mengikut jadual pemungutan;

“perkhidmatan pemungutan” ertinya perkhidmatan yang mana sisa pepejal isi rumah, sisa pepejal awam, sisa pepejal keinstitusian awam atau sisa pepejal yang serupa dengan sisa pepejal isi rumah dipungut dari tempat pemungutan dan dihantar ke kemudahan pengurusan sisa pepejal yang ditetapkan, dan termasuk pemungutan tepi bebendul jalan;

“sisa baki” ertinya apa-apa sisa pepejal isi rumah, sisa pepejal awam, sisa pepejal keinstitusian awam atau sisa pepejal yang serupa dengan sisa pepejal isi rumah yang tidak digunakan semula, dikitar semula atau dikompos dan boleh diletakkan di dalam bekas;

5

“sisa pepejal yang serupa dengan sisa pepejal isi rumah” ertinya─

(a)

apa-apa bahagian daripada sisa pepejal komersial yang dihasilkan di dalam mana-mana kawasan perkhidmatan; atau

(b)

apa-apa bahagian daripada sisa pepejal keinstitusian yang dihasilkan di dalam mana-mana kawasan perkhidmatan, dan yang serupa dengan sifat dan amaun sisa pepejal isi rumah;

“sisa pukal” ertinya sisa pepejal isi rumah, sisa pepejal awam, sisa pepejal keinstitusian awam atau sisa pepejal yang serupa dengan sisa pepejal isi rumah yang terlebih besar yang tidak boleh diletakkan di dalam bekas, dan termasuk perkakasan, perabot, batang pokok, dahan dan tunggul;

“sisa taman” ertinya pokok, daun, tumbuhan menjalar, rumput atau akar yang melekat dengan tanah dan apa-apa sisa yang serupa lain dari taman atau kawasan mana-mana premis;

“sisa yang boleh dikitar semula” ertinya apa-apa sisa pepejal isi rumah, sisa pepejal awam, sisa pepejal keinstitusian awam atau sisa pepejal yang serupa dengan sisa pepejal isi rumah yang diasingkan untuk dikitar semula, dan termasuk kertas, kadbod, kaca, plastik, logam dan sisa makanan;

“skim” ertinya sistem bagi perkhidmatan pengurusan sisa pepejal yang menyatakan kewajipan dan obligasi pemegang lesen dan penghasil sisa pepejal, kawasan geografi skim itu, jenis sisa pepejal isi rumah, sisa pepejal awam, sisa pepejal keinstitusian awam atau sisa pepejal yang serupa dengan sisa pepejal isi rumah yang dihasilkan di dalam kawasan skim itu, dan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal yang disediakan;

6

“tempat pemungutan ” ertinya─

(a)

suatu kedudukan di mana-mana premis, sama ada terletak di dalam atau di luar premis itu; atau

(b)

suatu kedudukan komunal bagi beberapa premis, sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan bagi sisa pepejal isi rumah, sisa pepejal awam, sisa pepejal keinstitusian awam atau sisa pepejal yang serupa dengan sisa pepejal isi rumah untuk disimpan sebelum pemungutan, sama ada di dalam bekas atau tidak, dan kedudukan sedemikian mempunyai akses yang langsung dan tidak terhalang bagi pemungutan oleh kenderaan pungutan sisa dan terletak di tempat yang tidak menyebabkan halangan atau kacau ganggu kepada mana-mana orang.

(2)

Bagi maksud Peraturan-Peraturan ini, “sisa pepejal keinstitusian awam”

ertinya mana-mana sisa pepejal yang dihasilkan oleh─

(a)

mana-mana premis yang diluluskan di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau oleh Pihak Berkuasa Negeri untuk digunakan keseluruhan atau sebahagian besarnya bagi maksud sembahyang atau bagi khairat;

(b)

mana-mana premis yang dihuni oleh mana-mana jabatan Kerajaan

Persekutuan atau Negeri, mana-mana pihak berkuasa tempatan atau mana-mana badan berkanun;

(c)

mana-mana sekolah kerajaan, institusi pendidikan kerajaan, sekolah bantuan kerajaan atau institusi pendidikan bantuan kerajaan yang ditubuhkan di bawah Akta Pendidikan 1996

[Akta 550], mana-mana institusi pendidikan yang didaftarkan atau ditubuhkan dan disenggarakan oleh Kerajaan Negeri, mana-mana institusi pendidikan tinggi yang ditubuhkan, yang dibenarkan untuk ditubuhkan atau disifatkan sebagai ditubuhkan di bawah

7

Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30], dan Universiti

Teknologi MARA yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti

Teknologi MARA 1976 [Akta 173];

(d)

mana-mana kemudahan jagaan kesihatan kerajaan dan mana-mana kemudahan jagaan kesihatan yang lain sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri; atau

(e)

mana-mana premis yang digunakan sebagai zoo awam, muzium awam, perpustakaan awam dan rumah anak yatim.

Pemakaian

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM (PELESENAN) (PENGUSAHAAN ATAU PENYEDIAAN PERKHIDMATAN PEMUNGUTAN BAGI SISA PEPEJAL ISI RUMAH, SISA PEPEJAL AWAM, SISA PEPEJAL KEINSTITUSIAN AWAM DAN SISA PEPEJAL YANG SERUPA DENGAN SISA PEPEJAL ISI RUMAH) 2011