Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM (PELESENAN) (PENGUSAHAAN ATAU PENYEDIAAN PERKHIDMATAN PEMUNGUTAN BAGI SISA PEPEJAL ISI RUMAH, SISA PEPEJAL AWAM, SISA PEPEJAL KEINSTITUSIAN AWAM DAN SISA PEPEJAL YANG SERUPA DENGAN SISA PEPEJAL ISI RUMAH) 2011

Seksyen 4

(1)

Mana-mana orang yang berhasrat untuk mengusahakan atau menyediakan perkhidmatan pemungutan hendaklah memohon kepada Ketua Pengarah dengan mengemukakan suatu permohonan bertulis bagi suatu lesen kepada

Perbadanan dalam bentuk yang disediakan oleh Ketua Pengarah yang hendaklah mengandungi maklumat yang dinyatakan dalam Jadual Pertama, dan hendaklah disertakan dengan fi pemprosesan yang dinyatakan dalam peraturan 7.

8

(2)

Permohonan di bawah subperaturan (1) boleh dibuat untuk─

(a)

mana-mana kawasan skim; atau

(b)

mana-mana jenis sisa pepejal isi rumah, sisa pepejal awam, sisa pepejal keinstitusian awam atau sisa pepejal yang serupa dengan sisa pepejal isi rumah yang berikut:

(i)

sisa baki;

(ii)

sisa yang boleh dikitar semua;

(iii)

sisa taman;

(iv)

sisa pukal.

(3)

Suatu permohonan yang dibuat di bawah peraturan ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum ia diberikan atau enggan diberikan oleh Ketua Pengarah.

Pemberian atau keengganan memberikan lesen

Section 4 — PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM (PELESENAN) (PENGUSAHAAN ATAU PENYEDIAAN PERKHIDMATAN PEMUNGUTAN BAGI SISA PEPEJAL ISI RUMAH, SISA PEPEJAL AWAM, SISA PEPEJAL KEINSTITUSIAN AWAM DAN SISA PEPEJAL YANG SERUPA DENGAN SISA PEPEJAL ISI RUMAH) 2011