Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM (PELESENAN) (PENGUSAHAAN ATAU PENYEDIAAN PERKHIDMATAN PEMUNGUTAN BAGI SISA PEPEJAL KOMERSIAL, PERINDUSTRIAN DAN KEINSTITUSIAN) 2018

Seksyen 3

Tafsiran

“kawasan skim” ertinya kawasan geografi bagi skim untuk menjalankan perkhidmatan pengurusan bagi sisa pepejal komersial, perindustrian dan keinstitusian sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama kepada Peraturan-Peraturan

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Skim bagi Sisa Pepejal Komersial,

Perindustrian dan Keinstitusian) 2018 [P.U. (A) 181/2018];

“perkhidmatan pemungutan” ertinya perkhidmatan yang sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian dipungut secara tetap atau berkala mengikut kawasan skim masing-masing dan mengikut jenis sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian dari sesuatu tempat pemungutan dan dihantar ke kemudahan pengurusan sisa pepejal yang ditetapkan;

“sisa pepejal baki” ertinya apa-apa sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian yang tidak digunakan semula, dikitar semula atau dikompos dan boleh diletakkan dalam bekas;

“sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian yang boleh dikitar semula” ertinya apa-apa sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian yang diasingkan untuk dikitar semula sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua kepada Peraturan-Peraturan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam

(Skim bagi Sisa Pepejal Komersial, Perindustrian dan Keinstitusian) 2018;

“sisa pepejal pukal” ertinya apa-apa sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian yang bersaiz besar yang tidak boleh diletakkan di dalam bekas, dan termasuklah perkakasan, perabot, batang pokok, dahan dan tunggul;

P.U. (A) 180 5

“sisa pepejal taman” ertinya pokok, daun, tumbuhan menjalar, rumput atau akar yang melekat dengan tanih dari taman atau halaman mana-mana premis komersial, perindustrian atau keinstitusian atau apa-apa sisa pepejal lain yang serupa dari taman atau halaman mana-mana premis komersial, perindustrian atau keinstitusian;

“skim” ertinya sistem bagi perkhidmatan pengurusan sisa pepejal yang menyatakan kewajipan dan obligasi pemegang lesen, penghasil sisa pepejal dan orang yang memiliki sisa pepejal, kawasan geografi skim itu, jenis sisa pepejal yang dihasilkan dalam kawasan skim, dan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal yang akan disediakan.

Section 3 — PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM (PELESENAN) (PENGUSAHAAN ATAU PENYEDIAAN PERKHIDMATAN PEMUNGUTAN BAGI SISA PEPEJAL KOMERSIAL, PERINDUSTRIAN DAN KEINSTITUSIAN) 2018