Skip to content

Seksyen 2

Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

of Peraturan-Peraturan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Pelesenan) (Pengusahaan atau Penyediaan Perkhidmatan Pemungutan bagi Sisa Pepejal Pembinaan) 2018

P.U. (A)In forceProvision 2 of 2
Seksyen 2

“kawasan skim” ertinya kawasan geografi bagi skim untuk menjalankan perkhidmatan pengurusan bagi sisa pepejal pembinaan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama kepada Peraturan-Peraturan Pengurusan Sisa Pepejal dan

Pembersihan Awam (Skim bagi Sisa Pepejal Pembinaan) 2018 [P.U. (A) 279/2018];

“perkhidmatan pemungutan” ertinya perkhidmatan yang sisa pepejal pembinaan dipungut secara tetap atau berkala mengikut kawasan skim masing-masing dan mengikut jenis sisa pepejal pembinaan dari sesuatu tempat pemungutan dan dihantar ke kemudahan pengurusan sisa pepejal yang ditetapkan;

“sisa pepejal baki” ertinya apa-apa sisa pepejal pembinaan yang tidak digunakan semula, dikitar semula atau dikompos dan boleh diletakkan dalam bekas;

P.U. (A) 278 4

“sisa pepejal pembinaan yang boleh dikitar semula” ertinya apa-apa sisa pepejal pembinaan yang diasingkan untuk dikitar semula sebagaimana yang dinyatakan dalam