Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
Rekod pengangkutan sisa pepejal terkawal
(1)
Tiap-tiap pemegang lesen hendaklah menyimpan rekod sisa pepejal terkawal yang telah diangkut oleh pemegang lesen ke kemudahan pengolahan dan pelupusan, dan rekod sedemikian hendaklah mengandungi maklumat yang termasuklah─
(a)
amaun sisa pepejal terkawal bagi setiap perkhidmatan pengangkutan oleh pengangkutan jauh; dan
(b)
tarikh, sumber dan destinasi bagi setiap perkhidmatan pengangkutan oleh pengangkutan jauh.
(2)
Pemegang lesen hendaklah menyimpan rekod di bawah subperaturan (1)
bagi tempoh tujuh tahun dari tarikh pengeluaran resit oleh pemegang lesen bagi kemudahan pengolahan dan pelupusan di bawah Peraturan-Peraturan Pengurusan Sisa
Pepejal dan Pembersihan Awam (Pelesenan) (Pengurusan atau Pengendalian
Kemudahan Pengurusan Sisa Pepejal yang Ditetapkan) 2011, dan menyediakannya untuk pemeriksaan apabila diminta oleh Perbadanan.
(3)
Ketua
Pengarah boleh menghendaki apa-apa rekod di bawah subperaturan (1) dikemukakan kepada Perbadanan oleh pemegang lesen dalam apa-apa bentuk dan pada apa-apa kekerapan sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua
Pengarah.
(4)
Seseorang pemegang lesen yang melanggar subperaturan (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.
8